Rabu, 28 Disember 2011

Udang Masala


Bahan - bahan

500 gm udang
2 biji bawang besar ( hiris/ tumbuk )
8 tangkai cili kering ( potong kasar )
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan serbuk cili
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 makan serbuk lada hitam
2 tangkai daun kari
Sedikit air asam jawa
1/2 sudu teh biji sawi
Daun ketumbar

CaraPenyediaan

1. Panaskan minyak dan tumiskan biji sawi, daun kari, cili kering dan bawang hingga layu dan kekuningan.

2. Masukkan udang, serbuk cili, jintan manis, serbuk kunyit dan sedikit air. Biarkan seketika.

3. Masukkan air asam jawa dan garam, biarkan selama 10 minit.

4. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau lagi. Biarkan kuahnya menjadi pekat.

5. Akhir sekali masukkan daun ketumbar.

Daging Gulai Kawah

Satu lagi resepi dari negeri Cik Siti Wan Kembang.. Resepi ni saya cedok dari majalah Rasa ( resipi asal dari Chef Mohd Safuan, Perdana Resort )


Bahan - bahan

500 gm daging lembut ( campur urat, perut, rusuk, ekor )
2 sudu makan kerisik
500ml santan pekat
2 sudu makan gula merah/ perang
20gm ketumbar ( di kisar )
20 ml budu
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Rempah 4 sekawan

Bahan Kisar

20 tangkai cili kering @ serbuk cili Baba's
1 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan rempah gulai darat
7 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan sehingga wangi.

2. Selepas itu masukkan bahan - bahan yang yang telah di kisar dan juga biji ketumbar. Tumiskan sehingga wangi dan naik minyak.

3. Kemudian masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.

4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisik, budu, garam dan gula merah. Biarkan ia merenih sehingga mendidih. Kacau sekali sekala.

5. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.

6. Bila sudah pekat, bolehlah di angkat dan di hidangkan.


Ikan Percik Putih


Bahan - bahan

5 ekor ikan kembung
750 ml santan pekat
1 keping asam keping
10 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 cm halia *
1 cm belacan *
1/2 sudu teh tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak

1. Kisarkan bahan -bahan yang bertanda.

2. Panaskan santan di atas api perlahan. Masukkan bahan - bahan yang di kisar dan kacau rata.

3. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau lagi.

4. Selepas itu masukkan tepung jagung yang sudah di bancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pekat.

5. Bakar ikan sehingga masak. Sambil di bakar sapukan kuah percik tadi.

6. Angkat dan hidangkan bersama kuah percik tadi.

Udang Masak Lemak Tempe

Assalamualamuakum.. hari ni nak kongsi 1 lagi resepi. Udang Masak Lemak Tempe. Resepi ni asal daripada Zuraisya Catering & Canopy, orang Tapah. Minta izin share resipi di sini yer..


Bahan - bahan

200 gm udang basah ( di buang kepalanya )
2 bungkus tempe ( potong kecil )
50 gm kacang buncis ( potong serong )
4 biji bawang merah *
50 gm cili padi *
Sedikit belacan *
Serbuk kunyit secukupnya
1 batang serai ( di titik )
1 keping asam jawa
1 liter santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak

1. Tumbuk atau kisarkan bahan - bahan yang bertanda *.

2. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk, kemudian masukkan bahan - bahan yang telah di tumbuk dan serai. Renihkan.

3.Seterusnya masukkan udang, tempe dan kacang buncis. Biarkan mendidih.

4. Setelah itu masukkan santan dan serbuk kunyit, kacau hingga sebati.

5. Akhir sekali masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula. Angkat dan sedia untuk di makan.



Selasa, 27 Disember 2011

Nasi Goreng Cina



Bahan - bahan

Nasi untuk 2 orang makan
1/2 labu bawang besar ( cincang )
2 ulas bawang putih ( cincang halus )
Sedikit isi ayam/daging/seafood
1 biji telur
1 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit sayur campur ( mix vege. )
Garam secukup rasa


Cara Penyediaan

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan isi ayam/daging/seafood dan kacau sebentar.

2. Masukkan sayur campur di ikuti dengan minyak bijan. Kemudian masukkan sedikit garam dan pecahkan telur. Biarkan dulu sekejap baru di kacau perlahan - lahan. Masukkan juga serbuk lada sulah.

3. Masukkan nasi dan kacau lagi sehinggalah semuanya masak dan sekata.


Isnin, 26 Disember 2011

Pizza


Bahan - bahan

350 gm tepung roti
3/4 sudu kecil garam
3 gm/ 1/2 sudu makan yis kering
225 ml air suam
1 sudu besar minyak zaitun

Cara Penyediaan Roti

1. Gaulkan tepung bersama yis di dalam mangkuk adunan.

2. Larutkan garam di dalam air, tuangkan air dan minyak zaitun ke dalam tepung, gaulkan.

3. Uli adunan sehingga licin dan tidak melekat di tangan. Bulatkan adunan tersebut. Simpan di dalam mangkuk yang di lengser sedikit minyak.

4. Tutup adunan dan biarkan sehingga naik 2 x ganda atau selama 1 jam.

5. Uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada 2.

6. Canaikan adunan menjadi leper mengikut saiz yang di kehendaki. Letakkan di dalam dulang pembakar dan biarkan untuk 20 minit, supaya adunan naik semula.

7. Cucukkan sedikit dengan garpu untuk mengelakkan roti mengelembung bila di bakar.

8. Bakar di dalam over lebih kurang 8 - 10 minit. Keluarkan.



Bahan - bahan Untuk Sos Tomato

1 labu bawang besar ( cincang )
2 ulas bawang putih ( cincang halus )
2 sudu besar minyak
2 biji tomato ( cincang )
3 sudu makan tomato puri
2 sudu makan sos tomato
1 sudu teh oregano
Sedikit garam

Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.

2. Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano dan sedikit garam.

3. Masaklah sehingga semuanya sebati.

Bahan - Bahan Untuk Inti

1 biji capsicum ( potong dadu )
1 biji tomato ( potong bulat )
2 keping nenas ( potong dadu )
2 batang sosej ayam/daging ( di hiris )
Sedikit isi ayam/ daging/ seafood yang telah ditumiskan dengan bawang putih dan sedikit lada sulah.
125 gm parutan keju mozarella
125 gm parutan keju cheddar
Mayonis

Cara penyediaan

1. Sapukan roti tadi dengan sos tomato, taburkan sedikit campuran kedua - dua  jenis keju.

2. Susunkan bahan - bahan inti mengikut kreativiti sendiri, taburkan lebihan keju rata - rata dan di akhiri dengan sedikit mayonis ke atasnya.

3. Bakar semula lebih kurang 10 - 15 minit ataupun sehingga keju cair sepenuhnya.

Singgang Ikan Kelantan

Masakan paling senang, main campak - campak je.. tapi ini salah satu masakan yang menyihatkan.


Bahan - bahan

1 kepala tenggiri atau apa2 ikan 
3 ulas bawang putih ( di ketuk )
1 labu bawang besar ( potong 6 )
1/2 inci lengkuas ( di hiris kasar/ ketuk )
2 keping asam keping/gelugur 
Kacang bendir ( saya tak letak )
1 sm hirisan kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit gula melaka
5 - 6 biji cili padi

Cara Memasak

1. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk. Masukkan bawang putih, bawang besar, lengkuas, kunyit, asam keping dan ikan ke dalamnya dan masaklah sehingga mendidih.

2. Masukkan kacang bendir, cili padi dan perasakan dengan garam dan gula melaka tadi. Biarkan mendidih seketika atau sehingga kacang bendir tu masak.

3. Bolehlah di hidangkan.

Sup Gear Box







Bahan - bahan
Gear box + tulang rusuk sikit
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1/2 inci lengkuas ( hiris/ketuk )
2 ulas bawang putih ( hiris )
1 labu bawang besar ( hiris )
Rempah 4 sekawan
1 sudu makan lada hitam ( tumbuk halus )
2 biji buah tomato ( potong dadu )
Ubi kentang ( potong dadu/baji )
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup ( hiris )
1 sup bunjut tulang 

Cara Membuatnya 

1. Rebus tulang lebih kurang 2 jam untuk melembutkan daging. Apabila lembut daging akan lekang dari tulangnya.

2.Kisarkan bahan - bahan yang bertanda *, ketepikan.

3. Panaskan minyak, gorengkan bawang yang telah di hiris bersama dengan rempah 4 sekawan sehingga kekuningan. Angkat dan masukkan ke dalam rebusan tulang.
4. Masukkan juga bahan -  bahan kisar bersama dengan lengkuas, lada hitam, tomato, ubi kentang dan juga sup bunjut. Biarkan mendidih seketika, sehingga semuanya masak.

5. Perasakan dengan garam dan gula. Siap...


6. Taburkan daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili padi ( jika suka ) ketika menghidangkannya. Dan untuk menyedapkannya lagi bolehlah perahkan limau nipis ke dalam sup anda.

Angel Hair Spagetti Carbonara

Assalamualaikum semua.. entry baru untuk hari ni Angel Hair Spagetti Carbonara. Jom kita lihat bahan - bahannya.


Bahan - bahannya

1/2 bungkus Spagetti
1 tin mushroom carbonara prego
Sedikit isi ayam/daging/seafood
1 labu bawang besar ( di cincang )
3 ulas bawang putih ( di cincang )
3/4 cawan susu segar
5 biji mushroom ( di hiris )
Sedikit daun parsley
Sedikit lada sulah 
Sedikit serbuk oregano herbs
Garam secukup rasa
3 sudu minyak zaitun
2 sudu makan parmesan cheese
1 biji kuning telur
Sedikit hirisan capsicum

Cara Penyediaan

1. Rebuskan spagetti bersama dengan minyak zaitun sedikit garam. Setelah masak, tos dan ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang yang telah di cincang sehingga naik baunya.

3. Masukkan isi ayam/daging/seafood, kacau lagi lagi sehingga agak masak.

4. Sementara itu campurkan kuning telur, susu segar dan parmesan cheese di dalam mangkuk dan kacau sebati. Masukkan ke dalam masakn anda dan kacau perlahan - lahan. Gunakan api yang perlahan.

5. Tuangkan sos prego carbonara ke dalam masakan, kacau lagi sehingga sebati. 

6. Masukkan mushroom, capsicum, sedikit garam, oregano herbs dan spagetti . Kacau rata.

7. Taburkan daun hirisan daun parsley dan bolehlah di hidangkan.

Khamis, 22 Disember 2011

Bihun Goreng


Bahan - bahan

1 mangkuk bihun ( yg telah siap di rendam )
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 sudu makan udang kering ( di tumbuk kasar )
2 sudu makan pes cili kering
Isi ayam secukupnya ( potong dadu )
Isi udang secukupnya
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap lemak manis
3 sudu makan sos cili
Sedikit sawi ( potong kecil )
Cili merah dan hijau ( di hiris )
1 biji telur ayam
Garam dan gula secukupnya

Cara Memasak

1. Kisar atau tumbuk lumat bahan yang bertanda *, kemudian tumiskan sehingga agak layu.

2. Masukkan pes cili kering, biarkan seketika sehingga pecah minyak.

3. Masukkan isi ayam dan isi udang dan udang kering, kacau seketika. Masukkan pula sos tiram, kicap pekat, kicap manis. Kacau lagi.

4. Masukkan sawi berserta dengan cili merah, cili hijau, garam dan gula. Kemudian masukkan telur dan kacau lagi. Masukkan pula sos cili dan letakkan sedikit air.

5. Masukkan bihun dan kacau lagi sehingga airnya kering dan bihun masak dan lembut sepenuhnya.

Beef Lasagna


Bahan - bahan

1 kotak instant lasagna sheet
Shreeded cheese ( saya gunakan mozarella )

Bahan Untuk Sos Daging

400 - 500 gm daging cincang
1 labu bawang besar ( di cincang/ dadu )
2 ulas bawang putih ( di cincang halus )
1 batang carrot ( di cincang halus )
2 sudu besar minyak masak
1 botol/ tin sos spagetti
Lada sulah

Cara Memasak

1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan carrot sehingga layu.

2. Masukkan daging cincang, tumis lagi hingga sebati.

3. Masukkan sos spagetti, lada sulah. Biarkan sedikit kering tapi jangan terlalu kering. Ketepikan.

Bahan - Bahan Untuk Sos Putih/ Keju

2 sudu besar mentega
2 sudu besar plain flour
2 cawan susu segar
secubit garam
2 sudu besar shreeded cheese

Cara Memasak

1. Gunakan api yang perlahan, cairkan mentega di dalam periuk.

2. Masukkan plain flour, kacau dengan whisk hingga sebati. Tutup api.

3. Masukkan susu dan shreeded cheese, kacaukan hingga sebati, kemudian masakkan semula di atas api perlahan dan teruskan kacau hingga adunan menjadi agak pekat. ketepikan.

Cara Melapis Lasagna

1. Buat 1 lapisan nipis sos daging di dalam loyang seperti gambar di bawah.


2. Tuangkan sos keju ke atas lapisan daging tadi.


3. Lapiskan pula dengan instant lasagna sheet untuk menutupi permukaan lapisan sos daging dan sos keju.

4. Buat beberapa lapisan sos daging, sos keju dan lasagna sheet lebih kurang 2 - 3 lapis lagi.

5. Pada lapisan terakhir, selepas lapisan sos keju, taburkan shreeded cheese rata - rata ke atas nya.


6. Bakar di dalam oven sehingga keju kelihatan mencair. Bakar pada suhu 180' C lebih kurang 35 - 40 minit.

7. Lasagna setelah di keluarkan dari oven. Agak garing sikit..



                                    





Rabu, 21 Disember 2011

Kuih Koci Labu


Bahan - bahan
1 cawan labu ( di rebus & di lenyek )
1 1/4 cawan tepung pulut
Sedikit garam halus
Cara Penyediaan
Campurkan kesemua bahan dan jadikan doh. Adunan akan melekit sedikit pada tangan, tidak perlu tambah tepung kerana ini akan menghasilkan kuih yang lembut dan tidak liat.
Untuk Sapuan Pada Kuih

1 cawan santan pekat
1 sudu makan tepung beras
Sedikit garam

Cara Penyediaan

Campurkan tepung dan santan, kacau hingga sebati. Masak di atas api yang perlahan, masukkan garam. Apabila sudah masak dan agak pekat, tutup api dan ketepikan.



Cara Membungkus Kuih

Gentel - gentelkan inti sebesar duit 20 sen, ketepikan. Ambil adunan anggaran sebesar duit 50 sen dan bungkus inti tadi. Jika doh agak melekit, sapukan tangan dengan sedikit tepung. Sapukan sedikit santan ke atas daun pisang. letakkan sebiji kuih dan bungkus dengan kemas. Kukus kira - kira 15 - 20 minit atau sehingga kuih masak.



Ahad, 18 Disember 2011

Sambal Bilis



Bahan - bahan

1 mangkuk kecil bilis kecil
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 cm halia *
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
1 biji tomato ( di potong dadu )
1 biji cili merah ( di potong kasar )
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan

1. Gorengkan ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.

2. kisarkan ataupun tumbuk lumat bahan - bahan yang bertanda *.

3. Tumiskan bahan yang telah di kisar tadi sehingga naik baunya, kemudian masukkan pes cili kering. Kacau untuk seketika.

4. Setelah agak garing, masukkan sos tiram, sos cili, cili merah, buah tomato, garam dan gula. Kacaukan.

5. Masukkan ikan bilis tadi, kacau sebati dan bolehlah di angkat.

Daging Kicap Bersos Pedas



Bahan - bahan

300 gm daging ( di hiris nipis )
3 ulas bawang merah ( di hiris nipis )
1 ulas bawang putih ( di hiris nipis )
2 sudu makan kicap sos pedas Agro Mas
1 sudu makan sos tiram
1 biji lada merah & hijau ( di hiris kasar )
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

1. Masukkan daging ke dalam kuali, masak hingga daging kering dan masukkan sedikit minyak.

2. Gorengkan daging sedikit garing, masukkan bawang merah dan bawang putih. Biarkan seketika.

3. Masukkan sos tiram, sos kicap pedas, hirisan cili merah dan cili hijau.

4.Akhir sekali masukkan sedikit garam, kacau seketika dan bolehlah di hidangkan.


Siakap Kukus 3 Rasa



Bahan - bahan di cincang halus
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan - bahan di hiris halus

1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4-5 biji cili padi
1 batang serai

bahan - bahan sos

2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos plum @ sos ikan
1 sudu makan jus limau nipis
1 sudu teh kicap manis



Cara Penyediaan

1. panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan yang di cincang halus tadi sehingga kekuningan dan naik baunya.

2. Masukkan pes cili kering, kacau sehingga sebati dan mesra. Kemudian masukkan sos tomato, sos plum @ sos ikan, kicap manis, garam dan gula secukup rasa.

3. Tambahkan sedikit air, kacau sebentar. Masukkan bahan - bahan yang di hiris dan juga jus limau.

4. Biarkan sebentar sehingga kuahnya menjadi pekat.

5. Kukuskan ikan dan bila ikan telah masak bolehlah kuah 3 rasa di curahkan ke atas ikan dan bolehlah di hidangkan.

Ahad, 11 Disember 2011

Sambal Nasi Lemak


Bahan - bahan
1 mangkuk kecil ikan bilis
3 sudu makan pes cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

1 inci halia

1 sudu makan gula melaka yg telah di hancurkan

1 sudu makan gula

Sedikit air asam jawa

Garam secukup rasa

Cara Memasak

1. Bersihkan ikan bilis dan rendam seketika.

2. Kisar lumat bawang putih, bawang merah dan halia.

3. Panaskan minyak secukupnya, tumiskan bahan - bahan yang telah di kisar hingga naik baunya. Kemudian masukkan pes cili kering. Masak hingga sebati dan mesra.

4. Masukkan ikan bilis dan tambahkan sedikit air, biarkan seketika. Kemudian masukkan gula melaka, gula, garam dan air asam jawa.

5. Masak lagi hingga menjadi pes yang pekat. Bolehlah di hidangkan bersama dengan nasi lemak. Selamat Mencuba..


Kuih Ketayap


Bahan - bahan

1 cawan tepung gandum

1 biji telur

3 helai daun pandan

1 1/2 cawan santan

1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya

1. Daun pandan di kisar bersama dengan santan dan tapiskan.

2. Masukkan santan, garam, telur, tepung gandum ke dalam blender dan kisarkan.

3. Panaskan pan anda, sapukan sedikit minyak dan tuangkan adunan. Goyangkan kuali sikit untuk menjadikan bentuk adunan membulat.

4. Angkat dan bolehlah letakkan inti kemudian gulung dan kemaskan tepinya dan gulungkan kembali. Sedia untuk di nikmati.

Bahan - bahan ( untuk inti )

1/2 biji kelapa

100 gm gula melaka

1 sudu makan gula

1/2 sudu kecil garam

1 helai daun pandan

Sedikit air

Cara Memasak

 Masakkan air bersama gula melaka, gula, garam, daun pandan dan kelapa sehingga agak kering. Ketepikan.

Jumaat, 9 Disember 2011

Ikan Siakap Kukus


Bahan - bahan

1 ekor ikan siakap ( sederhana besar )

3 ulas bawang merah *

3 ulas bawang putih *

1 batang serai ( di ketuk )

1 inci halia ( di ketuk )

1 biji asam boi

1 biji tomato ( di potong dadu )

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos ikan

beberapa biji cili api ( di ketuk )

Daun sup dan daun bawang ( di hiris kasar )

Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak

1. Bersihkan ikan dan perap dengan sedikit bawang putih, serai dan halia yang telah di tumbuk halus.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah di kisar/ tumbuk tadi bersama dengan serai dan juga halia.

3. Masukkan sos tiram, sos ikan dan juga sedikit air. Bila kuahnya mendidih, masukkan tomato yang telah di potong dadu tadi. Masukkan juga cili api, asam boi, garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.

4. Sementara itu kukuskan ikan di dalam bekas yang lain. Apabila ikan telah masak, masukkan kedalam pinggan dan curahkan bahan - bahan yang telah di masak tadi keatas ikan.

5. Jangan lupa, taburkan daun sup dan daun bawang ke atas ikan dan bolehlah di hidangkan.



Jumaat, 2 Disember 2011

Kuih Cara Berlauk

Menu kuih untuk petang ni.. Kuih Cara Berlauk, cubaan pertama kuih cara berlauk saya. Alhamdulillah nasib baik menjadi.. jom tengok cara membuatnya. lupa nak beritau, resipi ni saya dapat dari ' Sinar Kehidupanku '   terimakasih untuk tuanpunya resepi, sedap resepi ni..





Bahan - bahan

200 gm daging kisar

2 sudu besar rempah kari daging

1 sudu besar udang kering

2 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

Garam dan gula secukup rasa

Daun bawang dan daun sup ( di racik ) 

Lada merah ( di hiris nipis menyerong )

Untuk Adunan

2 cawan tepung gandum

3 1/2 cawan santan sederhana pekat

1 biji telur

Pewarna kuning ( saya tambah sedikit serbuk kunyit untuk lebih aroma )

Sedikit garam

Cara Masak Inti

1. Blend atau tumbuk bawang putih dan bawang merah sehingga lumat. Tumbuk kasar udang kering.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan - bahan yang di tumbuk, masukkan rempah kari dan tumis hingga naik baunya.

3. Masukkan daging kisar, tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.

4. Masukkan garam dan sedikit gula, kacau hingga sebati dan kering, ketepikan.

Penyediaan Adunan Tepung

1. Pukul telur dan garam, masukkan tepung dan santan berselang seli. Kacau hingga rata.

2. Kalau berketul - ketul, tapiskan adunan. Titik sedikit pewarna kuning.

3. Boleh juga gunakan blender, lagi senang. ( saya gunakan blender je..senang. masukkan semua bahan dan terus kisar. cepat dan senang ).

Cara Memasak Kuih

1. Panaskan acuan kuih cara, sapukan sedikit minyak.

2. Tuang adunan 3/4 penuh saja.

3. Masukkan 1 sudu kecil inti daging dan letakkan sepotong hirisan lada merah dan taburkan daun sup dan daun bawang.

4. Tutup gunakan penutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak. Keluarkan dari acuan dan bolehlah di hidangkan.



Khamis, 1 Disember 2011

Masak Lemak Cili Api Telur Itik

Assalamualaikum..Masak lemak cili api lagi, kali ini versi telur pulak..telur itik. Masak lemak cili api ni favourite suami..so dalam seminggu tu mesti kena masak,  masakan ni.. tak kiralah masak lemak cili api ikan ataupun telur. cuma versi masak lemak cili api ayam dengan daging je belum pernah cuba..



Bahan -bahannya 

5 biji telur itik

Santan sederhana pekat dari sebiji kelapa

Cili padi secukupnya *

5 ulas bawang merah *

2 ulas bawang putih *

1 batang serai *

1/2 inci kunyit *

1 keping asam gelugur/ keping

Belimbing buluh ( optional )

Garam dan gula secukupnya

Cara Memasak

1. Kisar lumat semua bahan - bahan yang bertanda.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan - bahan yang telah di kisar tadi sehingga naik minyaknya.

3. Masukkan santan dan sentiasa mengacau kuahnya agak tidak menjadi berketul - ketul.

4. Apabila mendidih dankuahnya kelihatan agak pekat, masukkan telur itik yang telah di pecahkan ( pastikan anda pecahkan ke dalam mangkuk dahulu, untuk keselamatan. takut ada telur yang rosak ).

5. Kemudian jangan lupa masukkan asam keping ataupun belimbing buluh ke dalam masakan. 

6. Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan seketika dan bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Ahad, 27 November 2011

Nasi Minyak Hujan Panas


Bahan - Bahannya

5 cawan beras basmati

6 cawan air

3 sudu makan minyak sapi

Sedikit rempah kasar ( 4 sekawan )

5 ulas bawang merah ( di hiris nipis )

4 ulas bawang putih ( di hiris nipis )

1 inci halia ( di racik halus )

2 helai daun pandan

5 sudu makan susu cair

Sedikit garam

Pewarna merah, kuning dan hijau

Cara Penyediaan

1. Bersihkan beras dan rendamkan lebih kurang 15 minit. Toskan.

2. Panaskan periuk, masukkan minyak sapi dan tumiskan rempah kasar, halia, bawang merah,bawang putih dan daun pandan.

3. Masukkan air, susu cair dan biarkan airnya mendidih. Masukkan beras dan sedikit garam.

4. Bila nasi agak kering bolehlah di titikkan pewarna dan biarkan nasi masak, barulah boleh di harung nasinya.

5. Sedia di nikmati bersama kari ayam ataupun daging.

Roti Canai

Assalamualaikum..lamanya tak update blog. Hari ni saya nak entry-kan Roti canai, Kuah Kacang Dal dan juga Keropok Lekor. Dah lama teringin nak makan roti canai, akhirnya dapat juga makan roti canai masakan sendiri. Terimakasih ler pada tuan punya resepi yer.. jom kita lihat cara membuatnya.



Bahan - bahannya

1 kg tepung gandum

500 ml air

1 biji telur

1 sudu besar susu pekat

1 sudu besar marjerin planta

1 sudu besar rata garam

Cara Membuatnya

1. Masukkan air ke dalam besen ataupun mangkuk yang besar, masukkan garam, telur. susu pekat dan marjerin. Kemudian masukkan tepung, ulikan hingga sebati.

2. Biarkan doh seketika, lebih kurang 10 minit. 

3. Uli sekali lagi, kemudian bulat - bulatkan adunan dan lumurkan adunan dengan marjerin.

4. Perapkan adunan lebih kurang 3 - 4 jam.

5. Bolehlah di tebar dan di goreng di atas api yang kecil.

Kuah Kacang Dal


Bahan - bahan

100 gm kacang dal ( di rendam terlebih dahulu )

1/2 sudu serbuk kunyit

1 biji bawang besar ( di potong dadu atau di hiris )

1 biji karot ( saya tak letak )

1 biji tomato ( di potong dadu )

2 biji cili hijau ( di hiris kasar )

1 biji terung bulat ( potong dadu )

100 ml santan

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit air asam jawa

Sedikit minyak ( untuk menumis )

1/2 sudu kecil biji sawi

1/2 sudu jintan manis ( di tumbuk sikit )

1 tangkai daun kari

2 biji lada kering ( di potong kasar )

3 biji bawang merah ( di hiris nipis )

2 biji bawang putih ( di hiris nipis )

Cara Membuatnya

1. Rebuskan kacang dal hingga betul2 lembut ( saya blend kacang dal tu sebab suka kuahnya yang pekat ).Masukkan sedikit serbuk kunyit ke dalam rebusan kacang dal.

2. Apabila kacang tu dah lembut, masukkan bawang besar, karot, terung dan tomato. Masak lagi hingga semua sayuran menjadi lembut.

3. Masukkan santan, garam, gula dan sedikit air asam jawa. Masak lagi hingga mendidih, masukkan cili hijau, tutup api dan ketepikan.

4. Panaskan minyak di dalam kuali yang lain, tumiskan biji sawi, jintan manis, daun kari. cili kering, bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.

5. Masukkan bahan - bahan yang telah di tumis tadi ke dalam kuah kacang dal dan masak lagi lebih kurang 5 - 10 minit.

6. Bolehlah di angkat dan di nikmati bersama dengan roti canai.

Keropok Lekor





Bahan - bahan 

2 kg ikan sardin/selayang ( ambil isi lebih kurang 2 bekas taufufa yg bulat tu )

3/4 bekas bulat taufufa tepung sagu

2 sudu teh garam lebih kurang

Sedikit serbuk perasa jika suka

Cara Penyedianya

1. Isi ikan di masukkan ke dalam food processor, kisar hingga lumat.

2. Kemudian masukkan tepung sagu, garam, dan serbuk perasa. Kisar lagi hingga sebati.

3. Panaskan air di dalam periuk yang agak besar hingga mendidih.

4. Taburkan sedikit tepung sagu ke atas papan pencanai, ambil sedikit adunan tadi kemudian gentelkan kepada saiz yang di kehendaki.

5. Masukkan adunan yang di gentel tadi ke dalam air yang mendidih tadi.

6. Masaklah sehingga keropok tadi timbul ataupun lebih kurang dalam 10 minit, bergantung kepada saiz keropok anda.

7. Angkat dan toskan, enak di makan begitu saja ataupun di goreng.




Rabu, 16 November 2011

KARI SOTONG


BAHAN - BAHAN

1 kg sotong ( seeloknya yang besar )
1 bungkus rempah kari ikan baba's
1 liter santan ( sederhana pekat )
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1sm halia*
1 sudu makan pes cili kering
2 ulas bawang merah ( di hiris halus )
1 ulas bawang putih ( di hiris halus )
Rempah 4 sekawan
1 tangkai daun kari
sedikit air asam jawa
2 biji terung bulat ( di potong 4/5 )
1 biji tomato ( di potong 4 )
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK

1. Bersihkan sotong jangan di potong biarkan seekor macam tu je..

2. Kisarkan bahan - bahan yang bertanda * hingga halus, campurkan dengan pes cili kering dan rempah kari bersama dengan sedikit air. Ketepikan.

3. Panaskan minyak, tumiskan bawang yang telah di hiris tadi bersama dengan rempah 4 sekawan dan juga daun kari sehingga naik baunya dan bawang menjadi agak kekuningan.

4. Kemudian masukkan pula bahan - bahan kisar tadi dan tumiskan lagi sehingga semuanya sebati dan terbit minyaknya.

5. Masukkan pula santan, biarkan mendidih seketika sehingga agak pekat kuahnya.

6. Masukkan air asam jawa, sotong, terung bulat, buah tomato. Perasakan dengan garam dan gula, Biarkan mendidih seketika sehingga masak.

7. Bolehlah di hidangkan.







KEREPEK PISANG RANGUP


Bahan - bahan

Pisang Abu / Tanduk ( pisang tua yang belum masak )

Minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

Senang je..pisang di buang kulitnya dan di rendam kedalam air yang di tambah sedikit garam. Kemudian hirislah pisang tu nipis2 ataupun gunakan slicer untuk memudahkan kerja anda.
Panaskan minyak dan bolehlah goreng pisang dengan api yang sederhana sehingga kekuningan. Boleh juga tambahkan sedikit serbuk kunyit kedalam minyak untuk menambahkan warna kuning pada kerepek pisang.
Sejukkan pisang seketika dan bolehlah di taburkan gula aising pada kerepek pisang bagi yang suka kerepek pisang yang manis. Bolehlah di disimpan ke dalam bekas kedap udara.





Sabtu, 22 Oktober 2011

MEE GORENG ALA LAGENDA


Ni sarapan kami pagi ni. Mee goreng ala lagenda..

BAHAN - BAHAN

1 bungkus mee kuning

1 biji bawang besar *

2 ulas bawang putih *

1 mangkuk kecil udang

1 mangkuk kecil sotong

1 mangkuk kecil isi ayam

1 sudu besar pes cili kering

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu besar kicap manis

Sedikit sayur sawi

1 batang cili merah ( di hiris kasar )

1 batang cili hijau ( di hiris kasar )

1 biji tomato ( di potong dadu )

1 biji telur ayam

1 sudu teh gula

CARA MEMASAK

1.Kisar atau tumbuk je bahan - bahan yang bertanda *. Panaskan kuali dan tumiskan bahan - bahan tadi sehingga naik baunya.

2. Masukkan isi ayam, udang dan sotong, kacau sehingga sebati dan separuh masak. Kemudian masukkan pes cili kering. Kacau lagi.

3. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis, kacau lagi. Masukkan telur ayam tadi, kacau lagi dan masukkan sayur, tomato, cili merah, cili hijau, sos cili dan juga gula.

4. Masukkan mee dan sedikit air. Masaklah sehingga mee tersebut sehingga kering airnya.

Jumaat, 21 Oktober 2011

ASAM PEDAS AYAM

Assalamualaikum semua.. Hari ni saya nak share masakan asam pedas tapi versi ayam. Biasanya ikan yang di masak asam pedas kan! Ayam pun sedap juga di masak asam pedas, masam2 pedas gitu. Masakan ala ala Chef Wan. Kecur air liur..;)



Jom kita lihat resepinya..

BAHAN - BAHAN 

1/2 ekor ayam ( di potong 6 atau 8 )

1 cawan air asam jawa

5 ulas bawang merah *

3 ulas bawang putih * 

1 batang serai *

1/4 inci kunyit *

1/4 inci halia *

Segenggam daun kesum *

4 helai daun limau purut *

2 sudu makan pes cili kering

1 sudu teh belacan

1 sudu teh serbuk ketumbar

1 biji tomato masak *

7 batang kacang bendi

1 biji tomato masak ( di potong 4 )

Sedikit daun kesum ( di hiris )

3 helai daun limau purut ( di hiris )

1 batang serai ( di ketuk )

Garam secukupnya

Gula melaka/kabung dalam 1 sudu teh

CARA MEMASAK

1. kisarkan kesemua bahan - bahan yang bertanda * sehingga halus.

2. Panaskan minyak di dalam periuk secukupnya. Masukkan bahan - bahan yang telah di kisar tadi bersama dengan pes cili kering.Biarkan sehingga agak garing.

3.Masukkan ayam, masakkan lagi sehingga air ayam menjadi  agak kering. Kemudian masukkan air secukupnya bersama dengan air asam jawa.

4. Apabila mendidih, masukkan buah tomato, kacang bendi, bahan - bahan yang telah di hiris tadi, serai, serbuk ketumbar, belacan, garam dan juga gula melaka.

5. Biarkan mendidih seketika dan kuahnya menjadi agak pekat bolehlah di angkat dan di hidangkan.

KARI DAGING


BAHAN - BAHAN

300 gm daging lembu ( di hiris halus )

1/2 biji kelapa

5 ulas bawang merah *

3 ulas putih *

1/2 inci halia *

2 ulas bawang merah ( di mayang halus )

1 ulas bawang putih ( di mayang halus )

1 paket rempah kari daging baba's

1 sudu makan pes cili kering

Rempah 4 sekawan

2 sudu makan air asam jawa

Sedikit daun kari

2 biji ubi kentang ( di potong baji )

Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak secukupnya untuk menumis. Masukkan bawang yang telah di hiris tadi bersama dengan rempah 4 sekawan. Biarkan sehingga layu dan masukkan daun kari.

2. Kisarkan bahan yang bertanda * dan campurkan bersama dengan rempah kari dan juga pes cili kering.

3. masukkan ke dalam periuk tumisan tadi, biarkan agak garing dan bolehlah di masukkan daging. Biarkan seketika sehingga air daging tersebut agak kering.

4. kemudian bolehlah di masukkan santan lebih kurang 2 mangkuk atau 1 1/2 liter. Biarkan mendidih seketika.

5. masukkan ubi kentang, air asam jawa, garam dan gula. Biarkan mendidih sehingga kuahnya agak pekat dan bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi minyak ataupun nasi putih.

NASI MINYAK


BAHAN - BAHAN

3 cwn beras basmathi

4 cwn air

1 sudu makan minyak sapi

Rempah 4 sekawan

3 ulas bawang merah ( di mayang halus )

2 ulas bawang putih ( di mayang halus )

1/2 inci halia ( di mayang halus )

2 helai daun pandan

2 sudu makan susu cair

1/2 sudu teh garam


CARA MEMASAK

1. Bersihkan beras basmathi dan rendam dalam 1/2 jam.

2. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan - bahan yang di hiris dan rempah 4 sekawan. Biarkan sehingga layu dan berbau wangi. masukkan daun pandan yang di simpul.

3. Kemudian masukkan beras, biarkan seketika dan masukkan susu cair.

4. Masukkan air dan garam. Apabila nasi telah hampir masak bolehlah masukkan kismis kuning sebagai hiasan. Biarkan sehingga nasi masak.

Rabu, 19 Oktober 2011

PUCUK PAKU GORENG BELACAN


BAHAN - BAHAN

1 ikat pucuk paku

1 ulas bawang putih *

2 ulas bawang merah *

2,3 biji cili padi *

1 ekor sotong ( di potong kecil )

4,5 ekor udang ( buang kepalanya )

1 sudu kecil belacan serbuk *

1 sudu besar sos tiram


CARA MEMASAK

1. Kisar kasar kesemua bahan - bahan yang bertanda * dan potong pucuk paku sederhana panjangnya.

2. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak untuk menumis.

3. Tumiskan bahan - bahan kisar tadi sehingga naik baunya, kemudian masukkan sotong dan udang
Biarkan seketika.

4. Masukkan sos tiram dan sedikit air, kemudian masukkan pucuk paku.

5. Masukkan garam dan gula secukupnya, masak lagi sehingga pucuk paku agak layu dan bolehlah di angkat dan di hidangkan.