Jumaat, 21 Oktober 2011

ASAM PEDAS AYAM

Assalamualaikum semua.. Hari ni saya nak share masakan asam pedas tapi versi ayam. Biasanya ikan yang di masak asam pedas kan! Ayam pun sedap juga di masak asam pedas, masam2 pedas gitu. Masakan ala ala Chef Wan. Kecur air liur..;)



Jom kita lihat resepinya..

BAHAN - BAHAN 

1/2 ekor ayam ( di potong 6 atau 8 )

1 cawan air asam jawa

5 ulas bawang merah *

3 ulas bawang putih * 

1 batang serai *

1/4 inci kunyit *

1/4 inci halia *

Segenggam daun kesum *

4 helai daun limau purut *

2 sudu makan pes cili kering

1 sudu teh belacan

1 sudu teh serbuk ketumbar

1 biji tomato masak *

7 batang kacang bendi

1 biji tomato masak ( di potong 4 )

Sedikit daun kesum ( di hiris )

3 helai daun limau purut ( di hiris )

1 batang serai ( di ketuk )

Garam secukupnya

Gula melaka/kabung dalam 1 sudu teh

CARA MEMASAK

1. kisarkan kesemua bahan - bahan yang bertanda * sehingga halus.

2. Panaskan minyak di dalam periuk secukupnya. Masukkan bahan - bahan yang telah di kisar tadi bersama dengan pes cili kering.Biarkan sehingga agak garing.

3.Masukkan ayam, masakkan lagi sehingga air ayam menjadi  agak kering. Kemudian masukkan air secukupnya bersama dengan air asam jawa.

4. Apabila mendidih, masukkan buah tomato, kacang bendi, bahan - bahan yang telah di hiris tadi, serai, serbuk ketumbar, belacan, garam dan juga gula melaka.

5. Biarkan mendidih seketika dan kuahnya menjadi agak pekat bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan