Khamis, 3 Mei 2012

Pulut Bangkok ( Kuih Thai Kelantan )

Dah lama nak makan kuih ni tapi susah nak dapat. Balik kelantan pun belum tentu jumpa.. Akhirnya dapat resepi dari citarasawan@myresipi.com. Terimakasih yer untuk Akak Citarasawan kerana sudi berkongsi resipi.



Bahan - bahan ( 20 biji )

 Bahan A

500gm beras pulut

300ml air

100ml santan kara

1 sudu teh garam

Pewarna hijau

2 helai daun pandan

5 biji pisang nangka atau pisang tanduk

Bahan B

1/2 cawan gula pasir

Sedikit air

1 biji kelapa parut putih

1/4 sudu teh garam

1 helai daun pandan

Cara - cara

1. Rendam pulut dengan pewarna semalaman.

2. Toskan dan kukus dengan daun pandan dan santan separuh masak.

3. Keluarkan pulut dan ambil sedikit dan letak di atas alas plastik atau daun pisang, tekan biar rata dan letakkan pisang di tengahnya. Gulung dengan kemas.

4. Kukus semula pulut tadi selama 15 minit atau sehingga masak. Keluarkan alas plastik, ketepikan.

5. Sementara itu masak gula dengan sedikit air dan letakkan daun pandan dan sedikit garam.

6. Apabila air gula mendidih, tuangkan ke atas kelapa parut dan gaul rata. Biarkan sejuk sedikit.

7. Ambil pulut yang di kukus tadi, gaul dengan kelapa parut dan potong 3 atau 4 bahagian.

8. Kaedah kedua : Pulut di kukus hingga masak. Lapik loyang 4 segi dengan daun pisang atau plastik. Letak pisang di tengah dan gulung dengan kemas. Bagi kaedah ini pisang hendaklah di kukus dahulu sebelum di gulung dengan pulut tadi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan