Khamis, 22 Disember 2011

Bihun Goreng


Bahan - bahan

1 mangkuk bihun ( yg telah siap di rendam )
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 sudu makan udang kering ( di tumbuk kasar )
2 sudu makan pes cili kering
Isi ayam secukupnya ( potong dadu )
Isi udang secukupnya
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap lemak manis
3 sudu makan sos cili
Sedikit sawi ( potong kecil )
Cili merah dan hijau ( di hiris )
1 biji telur ayam
Garam dan gula secukupnya

Cara Memasak

1. Kisar atau tumbuk lumat bahan yang bertanda *, kemudian tumiskan sehingga agak layu.

2. Masukkan pes cili kering, biarkan seketika sehingga pecah minyak.

3. Masukkan isi ayam dan isi udang dan udang kering, kacau seketika. Masukkan pula sos tiram, kicap pekat, kicap manis. Kacau lagi.

4. Masukkan sawi berserta dengan cili merah, cili hijau, garam dan gula. Kemudian masukkan telur dan kacau lagi. Masukkan pula sos cili dan letakkan sedikit air.

5. Masukkan bihun dan kacau lagi sehingga airnya kering dan bihun masak dan lembut sepenuhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan