Jumaat, 2 Disember 2011

Kuih Cara Berlauk

Menu kuih untuk petang ni.. Kuih Cara Berlauk, cubaan pertama kuih cara berlauk saya. Alhamdulillah nasib baik menjadi.. jom tengok cara membuatnya. lupa nak beritau, resipi ni saya dapat dari ' Sinar Kehidupanku '   terimakasih untuk tuanpunya resepi, sedap resepi ni..





Bahan - bahan

200 gm daging kisar

2 sudu besar rempah kari daging

1 sudu besar udang kering

2 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

Garam dan gula secukup rasa

Daun bawang dan daun sup ( di racik ) 

Lada merah ( di hiris nipis menyerong )

Untuk Adunan

2 cawan tepung gandum

3 1/2 cawan santan sederhana pekat

1 biji telur

Pewarna kuning ( saya tambah sedikit serbuk kunyit untuk lebih aroma )

Sedikit garam

Cara Masak Inti

1. Blend atau tumbuk bawang putih dan bawang merah sehingga lumat. Tumbuk kasar udang kering.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan - bahan yang di tumbuk, masukkan rempah kari dan tumis hingga naik baunya.

3. Masukkan daging kisar, tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.

4. Masukkan garam dan sedikit gula, kacau hingga sebati dan kering, ketepikan.

Penyediaan Adunan Tepung

1. Pukul telur dan garam, masukkan tepung dan santan berselang seli. Kacau hingga rata.

2. Kalau berketul - ketul, tapiskan adunan. Titik sedikit pewarna kuning.

3. Boleh juga gunakan blender, lagi senang. ( saya gunakan blender je..senang. masukkan semua bahan dan terus kisar. cepat dan senang ).

Cara Memasak Kuih

1. Panaskan acuan kuih cara, sapukan sedikit minyak.

2. Tuang adunan 3/4 penuh saja.

3. Masukkan 1 sudu kecil inti daging dan letakkan sepotong hirisan lada merah dan taburkan daun sup dan daun bawang.

4. Tutup gunakan penutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak. Keluarkan dari acuan dan bolehlah di hidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan