Rabu, 28 Disember 2011

Daging Gulai Kawah

Satu lagi resepi dari negeri Cik Siti Wan Kembang.. Resepi ni saya cedok dari majalah Rasa ( resipi asal dari Chef Mohd Safuan, Perdana Resort )


Bahan - bahan

500 gm daging lembut ( campur urat, perut, rusuk, ekor )
2 sudu makan kerisik
500ml santan pekat
2 sudu makan gula merah/ perang
20gm ketumbar ( di kisar )
20 ml budu
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Rempah 4 sekawan

Bahan Kisar

20 tangkai cili kering @ serbuk cili Baba's
1 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan rempah gulai darat
7 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan sehingga wangi.

2. Selepas itu masukkan bahan - bahan yang yang telah di kisar dan juga biji ketumbar. Tumiskan sehingga wangi dan naik minyak.

3. Kemudian masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.

4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisik, budu, garam dan gula merah. Biarkan ia merenih sehingga mendidih. Kacau sekali sekala.

5. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.

6. Bila sudah pekat, bolehlah di angkat dan di hidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan