Sabtu, 12 Mei 2012

Gulai Kuning Nasi Berlauk

Assalamualaikum semua.. untuk hari ni saya nak share satu resepi dari negeri pantai timur. Gulai kuning nasi berlauk.. Kalau di pantai timur kita biasa makan lauk ni bersama nasi putih sebagai sarapan pagi atau lebih di kenali sebagai nasi berlauk. Boleh juga kalau nak di hidangkan bersama dengan nasi dagang..


Bahan - bahan

1 ekor ikan tongkol

Santan dari 1 biji kelapa

5 ulas bawang merah ( di kisar )

2 ulas bawang putih ( di kisar )

1/2 inci kunyit hidup ( di kisar )

1/2 inci lengkuas ( di hiris )

1/2 inci halia ( di kisar )

2-3 biji cili merah dan hijau

Kacang panjang ( potong lebih kurang 2 inci )

1 batang timun batang ( potong serong kasar )

1 sudu pes cili kering

1 sudu teh serbuk ketumbar

2 keping asam gelugur

Garam ,gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara memasak

1.Ikan dibersihkan dan direbus bersama dengan beberapa asam gelugur,garam dan sedikit
  lengkuas.rebus sehingga airnya agak kering.

2.Panaskan minyak dan tumis bahan - bahan kisar sehingga pecah minyak.Masukkan serbuk ketumbar dan juga pes cili kering. Kacau seketika.

3.Masukkan santan,masak hingga mendidih.Hendaklah selalu dikacau.

4.masukkan ikan rebus tadi bersama dengan asam gelugur.

5.Masukkan kacang panjang, mentimun dan cili hijau dan merah.

6.Perasakan dengan garam,gula dan perasa.Bila kuah agak pekat bolehlah di angkat & di hidangkan.





Jumaat, 11 Mei 2012

Blended Orange Cake ( kak fida )

Salam untuk semua tetamu Dunia Masakanku.. Hari ni nak kongsi resepi kek yang saya buat semalam. Resepi ni saya dapat dari kak fida@myresepi.com. Untuk lebih detail, anda boleh klik di link sebelah.. Kak fida tumpang c/p resepi dkt sini yer. : D


Resepi asal : kak fida@myresepi.com
Dapur : Dunia Masakanku

Bahan -bahan ( loyang 9 inc )

1 biji buah limau

1 cawan minyak

2 cawan gula halus

3 biji telur

2 cawan tepung gandum*

1 sb baking powder* ( * diayak bersama )

Cara-cara


  1.  Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2.  Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4.  Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.


Isnin, 7 Mei 2012

Karipap Pusing Rangup


Assalamualaikum.. apakhabar semua..semoga kawan - kawan semua sihatlah hendaknya.. Hari ni saya nak share resepi karipap pusing.. Jom lihat resepinya. sorry lah yer gambar ni karipapnya tergaring sikit. ;)





BAHAN - BAHAN ( doh minyak )

300gm tepung gandum

Secubit garam

1/4 cawan minyak masak

1/2 cawan air suam

CARA PENYEDIAAN

1. Campurkan secubit garam kedalam tepung. Gaulkan tepung dan garam dengan hujung jari hingga sebati.

2. Curahkan minyak dan teruskan mengaulnya dengan menggunakan hujung jari.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan teruskan menguli sehingga adunan tidak lagi melekat di tangan.

BAHAN - BAHAN ( doh marjerin )

150gm tepung gandum

100gm marjerin




CARA PENYEDIAAN

1.Masukkan marjerin sedikit demi sedikit kedalam tepung sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.

2. Bulat - bulatkan doh minyak lebih besar dari doh marjerin. Masukkan doh merjerin ke dalam doh minyak yang telah di leperkan.

3. Bulatkan adunan tersebut dan canaikan. Kemudian gulungkan adunan dan canaikan memanjang kemudian gulungkan adunan tu lagi dan potong adunan tu lebih kurang 1/2 inci.

4. Bolehlah canaikan doh tersebut, masukkan inti dan kelim bahagian tepinya.

Ahad, 6 Mei 2012

Kari Daging Hijau Thai

Assalamualaikum semua... Hari ni saya nak postingkan resepi kari hijau tapi versi daging pulak.. :)



Bahan - bahan

Daging secukupnya ( yang lembut )

1 biji terung bulat ( potong 4/5 )

2 biji tomato ( potong 4 )

3 helai daun limau purut

1 batang serai ( di titik )

2 biji limau nipis ( ambil jus )

Santan ( lebih kurang 1 liter, sederhana pekat )

1 genggam daun selasih/ basil


Bahan - bahan ( Untuk Pes Kari Hijau )

1 batang serai ( hiris halus )

1 batang cili hijau besar

10 batang cili hijau siam

1 1/2 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

1/2 inci lengkuas

1/2 inci halia

1/2 cawan daun ketumbar

1/2 cawan daun selasih/ basil

1/2 sudu teh serbuk jintan manis

1/2 sudu teh serbuk ketumbar

1/2 sudu teh serbuk lada sulah

3 sudu besar sos ikan/ nampla

1 inci belacan

2 sudu besar jus limau nipis

1 sudu teh gula perang

Garam dan gula secukupnya


Cara Penyediaan

1. Blend/ kisarkan kesemua bahan - bahan untuk pes kari hijau sehingga halus.

2. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan - bahan yang di kisar tadi sehingga naik minyak.., lebih kurang 5-6 minit.

2. Masukkan daging dan biarkan merenih sehingga air daging menjadi agak kering.

3. Masukkan santan dan kacau sekali sekala sehingga mendidih.

4. Kemudian bila dah mendidih dan daging dah lembut, masukkan terung, tomato, daun limau purut, serai, daun selasih dan jugak jus limau.

5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sedia untuk di hidangkan.

Sabtu, 5 Mei 2012

Ayam Phak Pek

Assalamualaikum... saya tak pasti betul ke tak resepi ayam phak pek ni tapi saya nak share jugak lah resepinya di sini. Resepi yang saya lihat tu tak letak pes cili kering, yang ni saya memandai tambah. Jom lihat resepi ni..



Bahan - bahan

Ayam yang di potong kecil 2 secukupnya

2-3 batang jagung muda ( yang kecil tu )

1 batang carot yang kecil

4-5 batang kacang buncis

1 biji cili besar hijau

1 biji cili besar merah

1 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

1/2 inci lengkuas

1/2 inci halia

1 batang serai

1/2 inci kunyit

1 sudu besar pes cili kering/ serbuk cili

1 sudu sos tiram

2 helai daun limau purut

Garam & gula secukup rasa


Cara Penyediaan

1. Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih, lengkuas. halia, kunyit dan serai.

2. Hiris jagung muda, kacang buncis, carot dan kedua2 lada besar tadi.

3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan - bahan kisar selama beberapa minit, kemudian masukkan pes cili kering dan biarkan seketika. Kalau nak warna masakan cantik tambahkan serbuk cili ke dalamnya.

4. Masukkan ayam dan masakkan sehingga ayam masak, boleh tambahkan sedikit air jika suka.. Masak hingga air agak kering.

5. Masukkan sayur - sayuran yang telah di hiris berserta daun limau purut, jangan lupa masukkan sedikit sos tiram untuk menambah rasa dan perasa dengan garam dan gula..

6. Biarkan seketika dan bolehlah di angkat dan  di nikmati..Selamat Mencuba.




Jumaat, 4 Mei 2012

Air Asam

Assalamualaikum semua... hari ni saya nak share resepi air asam untuk cecahan ikan bakar.. selalunya  ikan terubuk lah yang sentiasa jadi pilihan saya bila ke pasar. ikan terubuk ni walaupun banyak tulang tapi isinya best.. berlemak gitu, sedap betul bila di cecah dengan air asam.. salah satu resepi favourite suami.



Bahan - bahan

1 sudu besar pes asam jawa Adabi

5 biji cili api merah

5 biji cili api hijau

1 labu bawang besar

1/2 biji tomato masak ranum

Sedikit belacan

Garam & gula secukupnya

Cara Penyediaan

1. Hiris nipis bawang besar, tomato, cili api merah dan hijau. Ketepikan.

2. Masukkan sedikit air ke dalam pes asam jawa jadikan sederhana pekat.. masukkan belacan, garam dan gula secukup rasa.

3. Kacau biar semuanya larut dan sekata. Kemudian masukkan bahan - bahan yang di hiris nipis tadi.

4. Siap untuk di nikmati bersama ikan bakar anda. Selamat Mencuba !..

Khamis, 3 Mei 2012

Pulut Bangkok ( Kuih Thai Kelantan )

Dah lama nak makan kuih ni tapi susah nak dapat. Balik kelantan pun belum tentu jumpa.. Akhirnya dapat resepi dari citarasawan@myresipi.com. Terimakasih yer untuk Akak Citarasawan kerana sudi berkongsi resipi.



Bahan - bahan ( 20 biji )

 Bahan A

500gm beras pulut

300ml air

100ml santan kara

1 sudu teh garam

Pewarna hijau

2 helai daun pandan

5 biji pisang nangka atau pisang tanduk

Bahan B

1/2 cawan gula pasir

Sedikit air

1 biji kelapa parut putih

1/4 sudu teh garam

1 helai daun pandan

Cara - cara

1. Rendam pulut dengan pewarna semalaman.

2. Toskan dan kukus dengan daun pandan dan santan separuh masak.

3. Keluarkan pulut dan ambil sedikit dan letak di atas alas plastik atau daun pisang, tekan biar rata dan letakkan pisang di tengahnya. Gulung dengan kemas.

4. Kukus semula pulut tadi selama 15 minit atau sehingga masak. Keluarkan alas plastik, ketepikan.

5. Sementara itu masak gula dengan sedikit air dan letakkan daun pandan dan sedikit garam.

6. Apabila air gula mendidih, tuangkan ke atas kelapa parut dan gaul rata. Biarkan sejuk sedikit.

7. Ambil pulut yang di kukus tadi, gaul dengan kelapa parut dan potong 3 atau 4 bahagian.

8. Kaedah kedua : Pulut di kukus hingga masak. Lapik loyang 4 segi dengan daun pisang atau plastik. Letak pisang di tengah dan gulung dengan kemas. Bagi kaedah ini pisang hendaklah di kukus dahulu sebelum di gulung dengan pulut tadi.



Rabu, 2 Mei 2012

Apam Balik

Salam untuk semua tetamu Dunia Masakanku.. Untuk hari ni saya nak kongsi resepi Apam Balik.. jom kita lihat resepi dan cara2nya, k..



Bahan - bahan

2 cawan tepung naik sendiri  ( ayak )

1/4 cawan gula

1/2 sudu teh soda bikarbonat

Sedikit pewarna kuning

1 biji telur

1 1/2 cawan susu segar

1/2 sudu teh baking powder

Bahan - bahan untuk di tabur

1 tin jagung krim

1 cawan kacang yang di kisar

Sedikit mentega atau marjerin

Cara Membuat

1. Masukkan kesemua bahan - bahan di atas ke dalam blender dan kisarkan sehingga kembang.

2. Tapiskan dan perapkan lebih kurang 1 jam.

3. Panaskan pan non stick dan masukkan 1 atau 2 senduk mengikut tebal yang kita nak. Tutupkan sekejap dengan penutup.

4. Taburkan bahan tabur sewaktu ia 1/2 masak. Tutup hingga masak, angkat dan lipatkan.

5. Bolehlah sapu mentega atau marjerin.. siap!.

Selasa, 1 Mei 2012

Kari Ayam Hijau Thai

Assalamualaikum semua.... sibuk sangat semenjak 2 menjak ni.. Hari ni nak kongsi 1 lagi resepi dari negeri Thai..Ayam Kari Hijau. Hari tu suami teringin nak makan kari hijau, so saya cari ler resepi dalam internet..last2 jumpa ler dekat blog famous tu.. Dapur Tanpa Sempadan blog En. Mat Gebu. Tumpang kongsi resepi di sini yer.. :)


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, anggaran 1.2 kg
1 biji terung biru
1 biji kecil red capsicum
1 biji kecil green capsicum
2 biji tomato, belah empat setiap 1 biji
1 genggam daun selasih @ sweet thai basil
4 helai daun limau purut
2 batang serai, dititik
2 biji limau nipis, perah jusnya
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam secukup rasa
Pes kari hijau Thai - resipi disini...
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam dipotong ikut suka, buang kulit, cuci dan perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit, cuci kembali dan toskan. Terung dibuang sedikit kulitnya, belah 2 dan kerat sederhana besar, rendam. Red dan green capsicum, dibelah 4, buang biji dan hiris kasar, cuci dan tos. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak masak, tumis pes kari hijau thai hingga harum, masukkan serai titik dan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut sedikit. Tuang santan cair, masukkan daun limau purut dan masak hingga ayam empuk.
  3. Tuang pati santan, masukkan red dan green capsicun serta terung (toskan). kacau dan masak hingga sayur sedikit layu. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukka jus limau nipis, daun selasih tadi dan tomato belah. Biar mendidih sebentar, rasa dan jika ok boleh matikan api.