Jumaat, 20 Januari 2012

Set Nasi Dagang

Nasi Dagang lagi.. kali ni saya nak share Kari Ikan Tongkol dan Acar Timun pula.




Untuk resepi Nasi Dagang, klik di sini.

Bahan - bahan untuk Kari Ikan Tongkol

1 ekor ikan tongkol
1 liter santan sederhana pekat
2 1/2 sudu makan rempah gulai ikan nasi dagang/ kari
6 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1 1/2 sudu makan pes cili kering
1 tangkai daun kari
Rempah 4 sekawan
2 sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit gula melaka

Cara Memasak

1. Potong ikan tongkol mengikut saiz yang di kehendaki, kemudian rebus dengan 2-3 keping asam keping dan sedikit garam. Gunakan sedikit air anggaran 3/4 paras ikan. Rebus ikan sehingga air agak kering dan ketepikan.

2. Kisarkan kesemua bahan yang bertanda *. Kemudian campurkan dengan rempah gulai ikan, pes cili kering dan sedikit air.

3. Tumiskan rempah 4 sekawan dan bahan - bahan kisar tadi sehingga pecah minyak. Masukkan daun kari.

4. Masukkan santan, biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan ikan rebus tadi.

5. Masukkan air asam jawa, gula melaka dan garam secukupnya. Masakkan sehingga kuah agak pekat.


Acar Timun

Bahan - bahan

2 batang mentimun
1 potong nenas
1 labu bawang besar
1 batang lada merah 
1 sudu makan cuka makan
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan

1. Mentimun di potong memanjang atau bulat, terpulang pada citarasa masing2. Manakala nenas pula di potong nipis.

2. Hiris nipis bawang besar dan lada merah. Campurkan ke dalam timun dan nenas.

3. Manakala di dalam bekas yang lain, campurkan cuka, air, garam dan gula. Larutkan dan masukkan ke dalam timun dan nenas. Kacau sebati, sedia untuk di hidangkan.


2 ulasan:

  1. rempah 4sekawan tu apa ye.....

    BalasPadam
  2. salam..terimakasih sudi singgah dapur ' Dunia Masakanku '. Rempah 4 sekawan tu, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih..Selamat mencuba ye.;)

    BalasPadam