Selasa, 27 September 2011

MASAK LEMAK CILI API IKAN PARANG


Main dish kami hari ni,masak lemak cili api ikan parang..resepi asal dari hubby, al-maklum saya asal dari kelate. hubby plak nogori + melaka.

BAHAN - BAHAN

2 keping ikan parang

2 mangkuk santan

4 ulas bawang merah *

2 ulas bawang putih *

1 batang serai *

10 biji cili padi *

1/2 inci kunyit hidup *

1 keping asam gelugur

Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK

1.Bersihkan ikan dan ketepikan.

2.Kisar bahan - bahan yang bertanda * hingga halus.

3.Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan - bahan yang di kisar tadi sehingga sedikit garing.

4.Kemudian masukkan santan. Pastikan sentiasa di kacau agak tidak berrketul.

5.Apabila telah mendidih,masukkan ikan, asam keping, garam dan gula.Biarkan mendidih seketika.

6.Bila kuahnya agak pekat, bolehlah di angkat dan di hidangkan.

2 ulasan:

  1. Asslmkum Yatie

    Dtg kunjungan balas. tk cuba resepi nasi minyak.ikan masak lemak gini mmg kesukaan tp versi yg tak pedas sbb tak mkn pedas.

    BalasPadam
  2. W'salam..

    Terimakasih Mamasya kerana sudi singgah..

    BalasPadam