Salam semua..hari ni nak kongsi resepi kerutuk pulak.. ni menu kami tengahari tadi, nasi minyak bersama dengan daging kerutuk, ayam masak merah dan acar timun. untuk resepi nasi minyak anda bolehlah klik di sini. untuk resepi ayam masak merah pula klik di sini. jom kita lihat bahan - bahan untuk membuat kerutuk daging.
Bahan - bahan
Daging 1/2 kg ( hiris kasar )
500 ml santan pekat
2 1/2 sudu makan rempah kerutuk
Rempah 4 sekawan secukupnya
10 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 inci lengkuas ( ketuk )
1 batang serai ( ketuk )
1 sudu makan pes cili kering
2-3 helai daun limau purut
2 sudu makan air asam jawa
2 biji ubi kentang ( potong 4 )
1 1/2 sudu makan kerisik
2 batang cili besar ( potong kasar )
Garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak
1. Kisarkan bahan bertanda *, kemudian campurkan dengan rempah kerutuk, pes cili kering dan sedikit air.
2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan, serai, lengkuas dan masukkan bahan - bahan kisar tadi dan tumiskan sehingga sedikit garing.
3. Masukkan daging dan masakkan sehingga air daging kering.
4. Apabila daging kering masukkan santan dan masakkan lagi sehingga mendidih. Masukkan ubi kentang, air asam jawa, garam dan juga gula.
5. Apabila kuah agak pekat, masukkan kerisik, cili besar dan juga daun limau purut.
6. Apabila kuah telah benar - benar pekat dan telah naik minyaknya, bolehlah di angkat.

salam ziarah n kenal..saya follow, nampak sedap tu..
BalasPadamsalam Zana, maaflah ye tak perasan ada yang sudi tinggalkan komen..
Padamtq kerana sudi singgah.. ;)