Jumaat, 23 September 2011

KAMBING BERIANI


BAHAN - BAHAN

1 kg daging kambing ( di potong kecil )

1 tin kecil tomato puree

2 sudu makan rempah beriani

1 sudu makan lada sulah

2 biji bawang besar ( di kisar )

2 ulas bawang putih ( di kisar )

2sm halia ( di kisar )

3 biji badam ( di kisar )

3 biji buah gajus ( di kisar )

Rempah 4 sekawan secukupnya

3 biji lada hijau ( di kisar )

1 cawan susu cair

1 tangkai daun ketumbar

1 sudu teh minyak sapi

Minyak masak secukupnya

Garam,gula dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK

1.Campurkan semua bahan kisar bersama rempah beriani dan lada sulah.Gaulkan sebati.

2.Kemudian gaulkan rempah bersama daging dan perap selama 1 jam.

3.Panaskan campuran minyak sapi dan minyak masak,kemudian masak daging yang telah di perap dengan api yang sederhana hingga daging empuk.

4.Masukkan tomato puree bersama susu cair.Kacaukan rata.

5.Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan bahan perasa secukupnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan