Sabtu, 23 Julai 2011

SUP KEPALA IKAN MERAH


Bahan-bahan

1 kepala ikan merah(potong 4)
1 biji bawang besar(kisar)
2 ulas bawang putih(kisar)
1/2 inci halia(kisar)
1 sudu teh lada hitam(kisar)
1 ulas bawang putih(hiris nipis)
2 ulas bawang merah(hiris nipis)
1 batang serai(ketuk)
Rempah kasar 4 sekawan
1 sup bunjut
Daun sup dan daun bawang

Cara membuatnya

1.Panaskan periuk dgn sedikit minyak,tumiskan rempah 4 sekawan dan bawang yang telah dihiris tadi.setelah agak wangi,masukkan serai.
2.masukkan air secukupnya,setelah mengelegak,masukkan ikan serta bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
3.masukkan sup bunjut,perasakan dengan garam secukupnya.Bolehlah diangkat.
4.Masukkan hirisan daun sup dan daun bawang sewaktu menghidangkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan