Jumaat, 22 Julai 2011

AYAM MASAK MERAH



Bahan-bahan

2 ketul ayam dari 1/2 ekor ayam
5 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sdb cili kering yg telah dikisar
2 sdb sos tiram
2 sdb tomato puree
2 sdb sos cili
1 cawan air
1 biji tomato dipotong dadu
1 biji cili besar hijau
1 biji cili besar merah
daun bawang
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya

1.Ayam dilumur dgn sedikit garam,goreng 1/2 masak.Ketepikan.
2.Bawang merah,bawang putih dan halia hendaklah dikisar.
3.Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya,tumis bahan-bahan yg telah dikisar tadi,termasuklah cili kering kisar tadi.
4.Setelah bahan tumis agak garing,masukkan sos tiram,tomato puree,sos cili dan air.
5.Masukkan ayam,biarkan seketika.
6.Masukkan buah tomato,cili hijau,cili merah,garam secukup rasa dan juga sedikit gula.
7.Bila kuah agak kering,bolehlah diangkat dan dihidangkan.Selamat mencuba..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan