Sabtu, 23 Julai 2011

DAGING MASAK KICAP


Bahan-bahan

250gm daging(dihiris nipis)
1 biji bawang besar(dihiris kasar)
2 ulas bawang putih(dihiris nipis)
1 inci halia(dihiris nipis)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 biji cili besar hijau dan merah(dihiris)
1 biji tomato(dipotong dadu)
sedikit hirisan daun bawang

Cara membuatnya

1.Perasakan daging dengan garam dan kunyit serbuk.Masukkan kedalam kuali,masak sehingga airnya kering.
2.Masukkan minyak,masukkan juga hirisan bawang putih.Biarkan hingga wangi atau sedikit garing.
3.Masukkan sos tiram,kicap,bawang besar,hirisan cili,tomato dan juga daun bawang.Masak hingga sebati.4.Bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas,so yummy!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan