Isnin, 4 Julai 2011

KUIH SERIMUKA

Tak berapa cantik,sebabnya tak sabar tunggu kuih ni sejuk dulu baru potong.Dah lama jugak rasanya buat kuih ni,tapi hari ni baru n3 kan.

Bahan-bahan
Untuk lapisan bawah

3 cwn beras pulut

1/2 sudu teh  garam

3 cwn santan cair

Untuk lapisan atas

3 cwn santan pekat

1/2 sudu teh pewarna hijau(akak gunakan jus pandan je)

4 helai daun pandan (dijadikan jus pandan)

1/2 cwn gula

1/2 cwn tepung gandum

1 biji telur

1/2 cwn tepung kastad

1 sudu teh garam

Cara Memasak

Untuk lapisan bawah

1. Gaul semua bahan.

2. Sapu rata minyak pada loyang.

3. Masukkan pulut kedalam loyang dan kukus sehingga masak.

4. Tekan padat pulut yang telah masak tadi.

Untuk lapisan atas

1. Kisar semua bahan dan tapiskan.

2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.

3. Kukuskan lebih kurang 1/2 jam atau sehingga masak.

4. Sejukkan dulu baru potong.

5. Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan