Sabtu, 23 Julai 2011

KUIH LOMPAT TIKAM


Bahan-bahan

Bahan A (lapisan hijau)
2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
3 cawan santan cair(1/2 bii kelapa)
1 cawan air pandan
1 sudu teh air kapur
sedikit garam

Bahan B (Lapisan atas,putih)
1500ml santan pekat
80gm tepung beras(utk pekatkan santan)
Sedikit garam

Bahan C (Pulut merah)
1 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
Sedikit pewarna merah

Bahan D (Air gula)
300gm gula melaka
3 cawan air
Sehelai daun pandan


Cara membuatnya

Bahan A
1.Panaskan kukusan dan sapukan marjerin pada loyang.
2.Satukan kesemua bahan,blendkan.Kemudian tapiskan.
3.Masakkan adunan di atas api seketika.
4.Bila agak likat dan pekat,tuangkan kedalam loyang tadi.Kukuskan selama 30 minit.

Bahan B
1.Campurkan kesemua bahan B dan buat serupa dengan bahan A tadi.
2.Masakkan diatas api yang kecil,sehingga pekat.
3.Angkat dan sejukkan.

Bahan C
1.Bersihkan beras,rendamkan beras pulut dengan pewarna dlm 1/2 jam.
2.Kukuskan beras pulut.Bila separuh masak,gaulkan dengan santan cair.
3.Kukus lagi sehingga masak.

Bahan D
1.Masakkan kesemua bahan C sehingga mendidih dan agak pekat.
2.Angkat dan sejukkan.

Campurkan serba sedikit setiap darinya dan bolehlah dinikmati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan