Isnin, 4 Julai 2011

ABUK-ABUK SAGU

Ni juadah minum petang kami,hari ni.senang sangat buat kuih ni.very simple..resepi akak ambik dari Dayat resepi.tq,utk tuanpunya resepi.
Bahan-bahannya

300 gm sagu biji

1/2 biji kelapa parut (putih)

Daun pisang (dipotong 4 segi sama)

1 cwn gula melaka (dipotong kecil)

Lidi

2 helai daun pandan

Cara-caranya

1. Bilas sagu dengan air bersih dan toskan.

2. Campurkan sagu biji dengan kelapa dan garam.Gaul rata.

3. bentukkan daun pisang seperti kon untuk dibuat kelongsong.

4. Masukkan campuran tadi kedalam kelongsong sehingga separuh penuh.

5. Masukkan sesudu ketulan gula melaka atau gula merah.

6. Masukkan campuran sagu biji tadi untuk penuhi kelongsong.

7. Lipatkan kelongsong daun pisang.cucuk batang lidi untuk sematan.

8. Kukus sehingga 30-40 minit.

9. Sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan