Sabtu, 9 Julai 2011

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE



strawberry cakes




Cheesecake yang senang dibuat & sedap sangat.Bila di makan terasa seperti mencair dalam mulut.Sedap...cubalah.Sori ye,lupa pulak nak beritau resepi ni saya dapat dari princessharyati.blogspot.

Bahan-bahan ( 8 inci )

Bahan A

250g cream cheese
50g butter
100ml susu segar (fresh milk)
6 biji Kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek/superfine
20g tepung jagung(cornflour/cornstarch)

Bahan B

140g gula
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-caranya

Cairkan cream cheese,butter & susu dengan teknik double boiler.Bila dah cair,sejukkan adunan cream cheese tu tadi.kemudian, campurkan tepung,tepung jagung,kuning telur,garam & jus lemon kedalam adunan cream cheese & gaul hingga sebati.Dalam bekas lain,pukul telur sampai berbuih (foamy).Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).Campurkan adunan bahan A tadi kedalam adunan bahan B yang dah gebu tu & kacau sampai sebati.Sediakan tin/bekas kek yang bulat yang berukuran 8 inci,yang di griskan bawahnya & tepi tu salut  dengan kertas baking.Tuang adunan kek dalam tin kek.Bakar kek dalam kira-kira sejam,dengan cara au bain marie (waterbaht),pada 160 degrees C / 325 F.Pada sesape yang kurang pasti waterbath tu camner,buatnya simple jer.Lepas letak adunan dalam tin kek,balut bawah hingga separuh tinggi tin kek dengan kertas aluminium foil (ni double protection agar air tak masuk esp springfoam pan,saya tak confident tu yang wat gitu hehe,kalo xmo buat ok je tp advisable balut).Then,letak tin kek tu atas dulang pembakar,pastu tuangkan air panas atas dulang pembakar,preferably 1/2 tinggi tin kek tu,lepas tu letak ler dalam oven then bakar ler,tu aje.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan