Isnin, 6 Ogos 2012

Nasi Kerabu Hitam/Biru


Assalamualaikum semua, hari ni nak kongsi satu lagi resepi dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Nasi Kerabu.. Masakan ni saya masak sewaktu adik saya Mimi datang berbuka puasa bersama suaminya Sofri dan anak sulung mereka Sofia Khaisara, minggu lepas. Tak sempat nak masukkan ke dalam blog ni, masih sibuk dengan menjahit. Resepi ni saya c/p dari ImpianSuri. Terimakasih untuk tuan punya resepi, kita share dekat sini yer..


Sumber : ImpianSuri

(Hidangan untuk 15 orang)

Bahan 1: Sambal kelapa

1 biji kelapa parut putih
1 kilo ikan kembong/sardin segar (dibakar)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih (dibakar)
1/2 ulas bawang besar (dibakar)
4 batang serai (dihiris nipis)
sedikit halia
10 biji lada hitam
sedikit garam
gula secukup rasa (lebihkan manis sedikit)

Cara:

1. Goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga kekuningan. Angkat.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia dan lada hitam.
3. Gaulkan dalam kelapa goreng bersama garam, gula dan serai.
(Sebaik-baiknya gaul malam sebelum dihidangkan esok agar bahan tersebut sebati)
4. Masukkan ikan bakar yang telah diasingkan tulang. Gaul dan rasa.
(Hati-hati agar tiada tulang yang tinggal)
5. Tumbuk sedikit bahan yang telah digaul agar lebih halus.


Bahan 2: Tumis kelapa

2 biji kelapa (santan pekat)
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kering/cili boh
1 inci halia
4 batang serai (ditindik)
2 keping asam gelugor
garam, gula secukup rasa
1 cawan air
sedikit serbuk perasa (jika suka)

Cara:

1. Jerang santan pekat dan tambahkan air, bawang serta halia yang telah ditumbuk.
2. Masukkan cili kering, asam gelugor, serai, gula, garam dan serbuk perasa.
3. Jerang dengan api sederhana sehingga pekat.

Bahan 3: Ulam

1. daun kesum, bunga kantan, timun, kacang panjang (dihiris nipis) dan taugeh.
2. letakkan secara berasingan.

Bahan 4: Budu

Bahan 5: Sambal cili

1. Tumbuk cili padi masak dan sedikit cili besar. Tambahkan cuka, gula dan garam.

Bahan 5: Nasi putihada juga dibuat nasi kerabu hitam (diletakkan perahan air bunga nasi kerabu) atau nasi kerabu kuning (diletakkan kunyit)

************
*Nasi kerabu siap untuk dimakan. Ia sedap dimakan bersama ayam atau daging bakar dan keropok ikan.

2 ulasan:

  1. wah sedap2...thanks kak ti..susah2 je masak utk ktorg ni..huhu

    BalasPadam
  2. salam mimi.. sori lambat balas, sibuk sikit..takde susah manapun..

    BalasPadam