Sabtu, 21 Julai 2012

Kek Tiramisu

Assalamualaikum semua dan Salam Ramadhan buat semua tetamu Dunia Masakanku. Semoga ramadhan kali ini memberi lebih pengertian untuk semua, terutamanya diri saya sendiri dan juga keluarga, aminn..
Kali ni saya nak postingkan kek Tiramisu yang dah lama sebenarnya saya nak buat. Akhirnya pada harijadi suami ( 19 july ) yang lalu terhasillah kek ini. Suami saya jenis yang tak suka makan kek, demi nak menjaga hati isteri yang dah bersusah payah nak buatkan kek untuk harijadi dia, habislah juga sepotong kek di makannya. Walaupun penghasilan kek saya ni tak sesempurna kek kawan kawan blog yang lain, saya tetap nak tempekkan juga gambar kek tiramisu saya ni..


Semasa mencari bahan bahan nak masak kek ni jenuh jugalah duk membelek whipping cream dekat pasaraya tu, takut pula tak halal. Bagi yang agak was was macam saya ni eloklah rasanya menjengah laman laman ni : Aduan Halal MalaysiaPandan Pusat Bekalan Bakeri,MyR,Masam Manis.






Jom lihat bahan bahannya.

Bahan bahan untuk kek

175 gm butter
200 gm gula kastor
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
200 gm tepung gandum *
80 gm serbuk koko *
1/2 cawan susu segar perisa coklat
1 sudu teh serbuk penaik*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1/2 sudu teh garam

Bahan bahan untuk Tiramisu

250 gm whipping cream
200 gm cream cheese
1/2 cawan gula kastor
1 cawan nescafe panas ( 1 sudu makan nescafe )
Serbuk koko untuk hiasan

Cara Membuatnya

1. Ayakkan bahan bahan yang bertanda *.

2. Panaskan oven dalam 170' C / 180' C.

3. Sementara itu, pukul butter dengan gula sehingga gebu.

4. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga sebati.

5. Masukkan esen vanila,susu segar perisa coklat, bahan bahan yang telah di ayak tadi. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.

6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di griskan dengan sedikit butter.

7. Bolehlah bakar adunan kek selama lebih kurang 30 - 40 minit ataupun sehingga kek anda masak.

8. Sejukkan kek sebelum di potong pada 2 bahagian.

Cara Membuat Tiramisu

1. Pukul keju bersama dengan gula sehingga sebati dan gebu.

2. Kemudian masukkan whipping cream, pukul lagi sehingga kembang dan gebu.

Cara Melapis

1. Siramkan nescafe panas pada lapisan atas kek, kemudian lapiskan dengan adunan tiramisu.

2. Letakkan lapisan kek yang ke 2 pada atas lapisan kek tadi dan ulangi proses yang sama pada lapisan kek yang ke 2.

3. Bolehlah hiaskan kek mengikut kreativiti masing masing. Selamat Mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan