Jumaat, 23 September 2011

ROJAK KATIH


BAHAN - BAHAN

1 batang kaki lembu

5 ekor ikan selayang/sardin ( di rebus dan di ambil isinya )

10gm belacan

2 sudu makan pes cili kering

2 sudu makan kicap

1 sudu makan air asam jawa

250ml air

150gm gula kabung ( di parut )

125ml cuka

garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

1.Bakar kaki lembu hingga masak kemudian di rebus dan di potong kecil.

2.Campurkan belacan,gula kabung,air dan juga air asam jawa.Gaulkan sebati.

3.Masukkan isi ikan,cili boh,kicap,cuka dan garam/

4.Masukkan kaki lembu yang di potong kecil dan kacau rata.

5.Sedia di nikmati.

Khamis, 22 September 2011

CEK MEK MOLEK


BAHAN - BAHAN

500gm keledek

125gm tepung gandum

125gm gula

sedikit garam

1 sudu besar marjerin planta

Minyak masak

CARA MENYEDIAKAN

1.Rebuskan ubi keledek dengan sedkit garam sehingga empuk.Tuskan airnya.Kemudian ditumbuk sehingga lumat.

2.Gaulkan dengan tepung gandum dan marjerin planta.Gaulkan adunan sehingga menjadi doh.Kemudian bentukkan bujur,masukkan gula di tengahnya dan bentukkan memanjang supaya ia nampak bujur.

3.Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.Angkat.

TEMOSA IKAN

BAHAN DOH

500gm tepung gandum

375ml air panas

3/4 cawan minyak masak

Sedikit garam

BAHAN INTI IKAN

5 ekor ikan sardin/selayang

5 ulas bawang merah ( di hiris halus )

3cm halia ( di hiris halus )

1 cawan santan

1 sudu kecil gula

Garam secukupnya

CARA MENYEDIAKAN

1.Untuk intinya,ikan direbus dan di sejukkan.Kemudian tumbuk atau lenyekkan isi ikan ( buang tulangnya ).

2.Tuangkan santan ke dalam periuk,masukkan inti ikan.bawang merah,halia,gula dan garam secukup rasa.Kacau perlahan - lahan dan masak sehingga agak kering.Angkat dan sejukkan.

3.Untuk doh semosa,satukan tepung dan garam dalam mangkuk.Gaulkan rata dan buatkan lubang di tengahnya.Masukkan minyak dan air panas.Gaulkan dengan senduk kayu.Uli sehingga semua bahan rata dan kental.Ambil sedikit adunan dan canaikan.

4.Gunakan penggelek untuk meleperkan doh.Letak bahan inti ikan d tengahnya.Kelipkan kelilingnya seperti bentuk karipap.Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.Angkat dan hidangkan.


TEPUNG PELITA

BAHAN LAPISAN BAWAH

2 cawan tepung beras

5 cawan air daun pandan

Sedikit air kapur

BAHAN LAPISAN ATAS

3 cawan santan pekat

1 cawan tepung beras

Secubit garam

BAHAN A

Gula pasir

Daun pisang di buat bakul

CARA MENYEDIAKAN

1.Didihkan air untuk mengukus.Daun pisang di buat bakul.Masukkan 1 sudu kecil gula atau lebih mengikut citarasa anda.

2.Kemudian satukan kesemua bahan lapisan bawah.Tuangkan 5 cawan air daun pandan ( 7 helai daun pandan ).Masukkan sedikit adunan kedalam setiap bakul daun pisang dan kukus sehingga masak.

3.Masak kesemua bahan lapisan atas sehingga nampak agak pekat.Tuangkan adunan ini di atas lapisan bawah yang telah di masak tadi.Sejukkan.

ASAM GUMPAL

BAHAN - BAHAN

500gm sagu mata ikan

3 cawan santan

1 sudu besar halba

2cm halia ( di hiris halus )

2 ulas bawang merah ( di hiris halus )

1 cawan kacang hijau

1 cawan gula

CARA MENYEDIAKAN

1.Kacang hijau di rebus hingga empuk,apabila nampak agak kering masukkan gula dan kacau lagi sehingga kering.Sejukkan.

2.Bulatkan inti kacang hijau,ketepikan.Rendam sagu dan toskan.Siram dengan air panas dan kacau rata.

3.Kepalkan sagu dan masukkan inti kacang hijau tadi.Kukus sagu tadi sehingga masak.

4.Kemudian masak santan,halia,halba dan bawang merah dengan api perlahan sehingga mendidih.Masukkan sagu tadi dan masak seketika.Sejukkan.

SAMBAL GESEK


Resepi ni juga dari salah satu majalah resepi saya. Resepi dari Ezani, dah banyak kali buat. Hubby pun suka dengan resepi ni.


BAHAN - BAHAN

1/2 kg ikan bilis ( di buang kepala,tulang dan di tumbuk kasar )

20gm cili padi ( di tumbuk halus )

30gm cili hijau ( di tumbuk kasar )

2 batang serai ( di hiris halus )

5 biji limau kasturi ( ambil airnya )

10gm kerisik

30ml minyak masak

Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR

5 ulas bawang putih

1 labu bawang besar

10 ulas bawang merah

CARA MENYEDIAKAN

1.Pijarkan minyak dan tumiskan bahan - bahan yang telah di kisar tadi sehingga wangi.kemudian masukkan cili padi dan cili hijau,tumis hingga sebati.

2.Masukkan serai yang telah di hiris halus dan ikan bilis yang telah dugesek tadi,gaul hingga sebati.

3.selepas itu, masukkan kerisik,perahan air limau kasturi,garam dan gula secukup rasa.

4.Bolehlah dihidangkan.

SINGGANG TULANG KELANTAN


Bahan - bahan

1 kg tulang rusuk

1 labu bawang besar ( di kisar )

3 ulas bawang merah ( di kisar )

3 ulas bawang putih ( di kisar )

1/2 inci lengkuas ( di hiris )

1/2 inci halia ( di hiris )

1 sudu teh ketumbar ( di kisar )

2 keping asam gelugur

Beberapa biji cili padi

Garam,gula dan perasa secukupnya

Cara memasak

1.Rebuskan tulang sehingga empuk .Biarkan semalaman untuk membuang lemaknya bila dah sejuk.

2.Setelah buang semua lemak yang terkumpul tu,panaskan tulang tu kembali.Jangan lupa tambah air secukupnya.

3.Bila mendidih masukkan semua bahan - bahan di atas.Perasakan secukupnya.

4.akhir sekali masukkan cili padi,biarkan seketika dan bolehlah di angkat.


DAGING GULAI KAMPUNG


Bahan - bahan

1 kg daging

Santan dari 1 biji kelapa

200gm rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )

1 biji bawang besar *

5 biji bawang merah*

3 ulas bawang putih*

2sm halia*

3 biji buah pelaga

4 biji bunga cengkih

2 biji bunga lawang

2 batang kulit kayu manis

3 sudu makan kerisik

2 helai daun pandan

10gm bawang goreng

Garam secukup rasa

Cara memasak

1.Hiriskan bahan - bahan yang bertanda.

2.Panaskan minyak dan tumiskan bahan - bahan yang telah di hiris tadi bersama dengan buah pelaga,
  bunga cengkih,bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik baunya.

3.Masukkan rempah kari dan biarkan garing.

4.Kemudian masukkan santan dan kacau sehingga sebati.

5.Maskkan daging dan biarkan masak sehingga daging empuk.

6.Perasakan garam secukupnya dan biarkan mendidih seketika.

7.Taburkan bawang goreng dan bolehlah di hidangkan.


IKAN REBUS


Resepi ni saya ambil dari majalah RASA.Saya memang tak pernah miss beli majalah resepi ni.



















Bahan - bahan

300gm ikan kembung

2cm halia ( di tumbuk kasar )

1/2cm kunyit ( tumbuk kasar )

1 helai daun kunyit

100gm terung pipit

30gm pucuk daun cili padi

5 biji cili padi ( di ketuk kasar )

Garam & gula secukup rasa

Cara Memasak

1.Masukkan air kedalam periuk bersama halia,kunyit,cili padi,terung pipit,garam serta gula secukup rasa.

2.Bila air mendidih,masukkan ikan.Kecilkan api dan biarkan airnya kering.

3.Bila sudah kering,angkat dan bolehlah di hidangkan.

Rabu, 21 September 2011

CUCUR BADAK



Bahan - bahan ( Inti )

1/2 biji kelapa parut ( putih )

1 sudu besar pes cili kering

1/2 sudu teh jintan manis *

2 batang serai di hiris halus *

1/4 sudu teh ketumbar *

3 ulas bawang putih *

3 ulas bawang merah *

15gm udang kering - Di basuh terlebih dahulu

1 sudu besar gula

Sedikit garam

Sedikit minyak 3/4 cawan air

Cara membuat

1.Blender semua bahan yang bertanda * sehingga lumat.

2.Masukkan udang kering dan kisarkan sekali sahaja.

3.Masukkan dalam bekas,masukkan kelapa parut ke dalam bahan - bahan yang di kisar tadi,kacau rata.
  Masukkan gula dan garam.

4.Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak,bila minyak panas masukkan kelapa tadi.Masukkan juga air
  tadi.Masak sehingga kering.

5.Angkat dan sejukkan.



Bahan doh keledek

2 biji keledek ( 700gm )

150gm - 200gm tepung gandum ( lebih kurang 20 - 30% berat keledek )

50gm tepung ubi

Sedikit garam

1 sudu minyak di masukkan dalam piring



Cara membuat

1.Kupas dan potong kecil keledek,rebus sehingga empuk.Masukkan garam kedalam rebusan.Jangan biarkan
  ubi terlalu empuk.

2.Angkat dan toskan sehingga air kering dan biarkan sejuk.

3.Tumbuk ubi sehingga hancur.

4.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis

5.sapukan minyak pada tangan dan buat adunan bulat - bulat.

6.Leperkan adunan tadi dan masukkan inti dan tutup rapat.

7.bolehlah anda mengoreng cucur udang anda sehingga kekuningan.Gunakan api yang sederhana besar.

Ahad, 18 September 2011

GULAI KUNING IKAN TONGKOL


Bahan - bahan

1 ekor ikan tongkol

Santan dari 1 biji kelapa

5 ulas bawang merah ( di kisar )

2 ulas bawang putih ( di kisar )

1/2 inci kunyit hidup ( di kisar )

1/2 inci lengkuas ( di hiris )

1/2 inci halia ( di kisar )

1 sudu besar pes cili kering

1 sudu teh serbuk ketumbar

2 keping asam gelugur

Garam ,gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara memasak

1.Ikan dibersihkan dan direbus bersama dengan beberapa asam gelugur,garam dan sedikit
  lengkuas.rebus sehingga airnya agak kering.

2.Panaskan minyak dan tumiskan bahan - bahan kisar sehingga pecah minyak.Masukkan serbuk ketumbar dan juga pes cili kering. Kacau untuk seketika.

3.Masukkan santan,masak hingga mendidih.Hendaklah selalu dikacau.

4.masukkan ikan rebus tadi bersama dengan asam gelugur.

5.Perasakan dengan garam,gula dan perasa.Bila kuah agak pekat bolehlah di angkat & di hidangkan
  bersama dengan nasi dagang.

NASI DAGANG KELANTAN



  Bahan - bahan

2 cawan beras nasi dagang ( rendam dlm 6 jam )
1 cawan beras pulut ( rendam dlm 6 jam )
1 1/2 cawan santan pekat
4 ulas bawang merah ( di hiris halus )
2 ulas bawang putih ( di hiris halus )
1/2 inci halia ( di hiris halus )
Sedikit halba ( di rendam )
Garam & gula secukup rasa

Cara memasak

1.Beras nasi dagang & beras pulut disatukan & dikukus sehingga 1/2 masak.

2.Masukkan garam & gula secukup rasa kedalam santan,gaulkan kedalam beras tadi.

3.Masukkan bahan - bahan yang dihiris & juga halba.

4.Kukus sekali lagi sehingga nasi masak.Bolehlah dihidangkan.

Khamis, 8 September 2011

DALCA KENTANG DAGING

Bahan - bahannya

500gm kacang dal / basuh dan rendam
500gm daging cincang
3 sudu besar bawang besar,bawang putih & halia
yang telah dikisar
1 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih ( dihiris halus )
2 biji bawang besar ( dihiris halus )
10 helai daun kari
1/2 sudu teh biji sawi
rempah 4 sekawan secukupnya
150gm serbuk kari daging
500gm ubi kentang
200gm carot
4 cawan santan
sedikit kacang panjang
2 biji buah tomato
minyak untuk menumis
garam,gula & perasa secukup rasa

Cara memasak

1.Panaskan minyak masak didalam periuk,tumiskan bawang yang dihiris tadi bersama dengan rempah

4 sekawan.Jangan lupa masukkan daun kari & juga biji sawi.

2.Masukkan bawang kisar,cili kering kisar dan serbuk rempah kari,tumis sehingga agak garing.

3.Masukkan daging cincang,masak lagi sehingga agak kering.Masukkan santan dan kacang dal.
Biarkan sehingga mendidih.

4.Apabila daging & kacang dal menjadi agak lembut,masukkan pula ubi kentang,kacang panjang,
carot & juga buah tomato.(potong dadu atau baji)

5.Perasakan dengan garam,gula & perasa secukupnya.Bagi yang suka masam bolehlah tambah air
asam jawa secukupnya.

6.Apabila kentang telah lembut,bolehlah di hidangkan.

Isnin, 5 September 2011

RENDANG DAGING LAGENDA


Bahan - bahannya

1/2 kg daging lembu
1 liter santan
Beberapa helai daun limau purut
2 batang serai di titik
5 sudu makan cili kering kisar
2 biji bawang besar di kisar
3 ulas bawang putih di kisar
1/2 inci halia di kisar
1 inci lengkuas di kisar
2 sudu makan kerisik
3 sudu makan rempah kari daging ( baba's)
1 sudu teh jintan manis di kisar
1 sudu teh ketumbar di kisar
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar dihiris halus
2 ulas bawang putih di hiris nipis
Rempah kasar 4 sekawan
Daun kunyit di hiris nipis

Cara membuatnya

1.Panaskan sedikit minyak di dalam periuk,tumiskan rempah 4 sekawan dan bawang
   yang di hiris tadi sehingga agak garing.Masukkan daun limau purut dan serai.

2.Masukkan bahan - bahan yang telah di kisar tadi bersama dengan rempah kari,biar sampai pecah minyak.

3.Masukkan daging yang telah di hiris nipis tadi.Masak sehingga air daging kering.

4.Masukkan santan,bila mengelegak masukkan garam,gula ,perasa,air asam jawa dan kerisik.

5.Bila agak kering,masukkan daun kunyit yang telah di hiris tadi.

KUIH BATANG BURUK


Bahan - bahan

600gm tepung gandum
300gm tepung beras
1 biji santan kelapa
600gm kacang hijau
400 gula ( di kisar )
3 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

1.Panaskan santan hingga mendidih,tutup api dan sejukkan.

2.Sangai kacang hijau dan buang kulitya.Kisar hingga halus.Campur dengan gula dan ketepikan.

3.Gaul tepung dengan santan yang telah di masak tadi.Masukkan telur dan uli.

4.Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm.Gulung dan biarkan tengah - tengahnya
   berlubang.

5.Potong kecil - kecil dan goreng.

6.Setelah garing,angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran
   gula dan kacang hijau tadi.

KUIH SIPUT


Bahan - bahan

1/2 kg tepung gandum
150gm tepung ubi
2 biji telur
1 sudu makan cili boh
3 sudu makan serbuk kari
3 sudu besar marjerin ( di cairkan )
Daun kari secukupnya ( di hiris halus )
Santan secukupnya
Garam secukup rasa

Cara membuatnya

Campurkan kesemuanya sehingga menjadi doh yang lembut.Ambil secubit,gelekkan pada acuan
dan goreng sehingga kekuningan.

Ahad, 4 September 2011

KETUPAT DAUN PALAS

Pertama kali berjaya buat ketupat daun palas.Selalunya tiap kali raya tempah je.
Seronok sangat dapat buat sendiri.

Bahan - bahan

4  cawan beras pulut

250gm santan pekat

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Daun palas secukupnya

Cara Membuatnya

1.Beras pulut dibasuh dan di rendam lebih kurang 2 - 3 jam.

2.Kukus pulut separuh masak,kemudian digaul dengan santan yang telah
  dicampurkan dengan gula dan garam.

3.Kukus lagi sekali sehingga masak.Sejukkan.

4.Bungkuslah dengan daun palas.( cara membungkus boleh dilihat di youtube. )

5.Bolehlah dikukus sehingga masak.Enak dimakan bersama dengan rendang.

Sabtu, 3 September 2011

TAT NENAS GULUNG


Bahan - bahannya

250gm butter
50gm ( 1/2 cawan ) gula aising
1 sudu teh vanilla
100gm ( 1 cawan ) tepong kastad
1 biji kuning telur
375gm ( 3 1/2 cawan ) tepong gandum
1 biji telur ( pukul + sedikit esen kuning utk disapu di atas biskut )

Cara cara

1.Pukul butter dengan gula sehingga sebati kemudian masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga sebati.

2.Masukkan kedua - dua tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.

3.Sediakan papan pencanai,terap adunan dengan menggunakan acuan tat gulung.Bahagian bunganya hendaklah berada di bahagian bawah.

4.Tekan memanjang,potong mengikut panjang yang dikehendaki.Isi sedikit inti dan gulung.

5.Dah siap semua,sapu kuning telur diatasnya dan bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga masak..kepanasan oven 180'C.

BISKUT ALMOND LONDON



Bahan-bahannya

250gm butter
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan nestum (dikisar halus)
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula aising
1 biji kuning telur
Badam biji dipanggang secukupnya
Badam cincang untuk hiasan
Mangkuk kertas secukupnya - warna hitam paling sesuai
Sedikit minyak jagung

Cara - cara

1.Pukul butter bersama gula sehingga sebati.Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga sebati.

2.Masukkan nestum,tepung jagung dan juga tepung gandum.Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.

3.Ambil sedikit doh,isi badam dan bentukkan bujur.

4.Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak.sejukkan.

5.Masak coklat masakan,masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan..untuk mengilatkan coklat tu..kaedah double boiler.

6.Apabila coklat dah cair sepenuhnya,celupkan biskut sebiji - biji.

7.Isi dalam papercup dan tabur badam cincang.

8.Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara..siap.

Khamis, 25 Ogos 2011

KEK MENTEGA INDONESIA





Bahan-bahan

240gm marjerin
180gm gula kastor  { diayak }
180gm tepung naik sendiri { diayak }
5 biji telur { asingkan putih & kuningnya }
1 sudu teh esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis

Cara membuatnya

1. Pukul putih telur hingga kembang & masukkan gula kastor sedikit demi sedikit.Ketepikan.

2. Pukul marjerin dan kuning telur sehingga kembang.Masukkan esen vanilla.

3. Masukkan tepung naik sendiri,kaup balikkan adunan.

4. Tuangkan susu pekat dan kacau adunan hingga rata.

5. Akhir sekali masukkan adunan putih telur dan gula kastor,kacau adunan hingga sebati.

6. Bakar adunan pada suhu 180 celcius selama 35 minit.