Sabtu, 22 Oktober 2011

MEE GORENG ALA LAGENDA


Ni sarapan kami pagi ni. Mee goreng ala lagenda..

BAHAN - BAHAN

1 bungkus mee kuning

1 biji bawang besar *

2 ulas bawang putih *

1 mangkuk kecil udang

1 mangkuk kecil sotong

1 mangkuk kecil isi ayam

1 sudu besar pes cili kering

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu besar kicap manis

Sedikit sayur sawi

1 batang cili merah ( di hiris kasar )

1 batang cili hijau ( di hiris kasar )

1 biji tomato ( di potong dadu )

1 biji telur ayam

1 sudu teh gula

CARA MEMASAK

1.Kisar atau tumbuk je bahan - bahan yang bertanda *. Panaskan kuali dan tumiskan bahan - bahan tadi sehingga naik baunya.

2. Masukkan isi ayam, udang dan sotong, kacau sehingga sebati dan separuh masak. Kemudian masukkan pes cili kering. Kacau lagi.

3. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis, kacau lagi. Masukkan telur ayam tadi, kacau lagi dan masukkan sayur, tomato, cili merah, cili hijau, sos cili dan juga gula.

4. Masukkan mee dan sedikit air. Masaklah sehingga mee tersebut sehingga kering airnya.

Jumaat, 21 Oktober 2011

ASAM PEDAS AYAM

Assalamualaikum semua.. Hari ni saya nak share masakan asam pedas tapi versi ayam. Biasanya ikan yang di masak asam pedas kan! Ayam pun sedap juga di masak asam pedas, masam2 pedas gitu. Masakan ala ala Chef Wan. Kecur air liur..;)



Jom kita lihat resepinya..

BAHAN - BAHAN 

1/2 ekor ayam ( di potong 6 atau 8 )

1 cawan air asam jawa

5 ulas bawang merah *

3 ulas bawang putih * 

1 batang serai *

1/4 inci kunyit *

1/4 inci halia *

Segenggam daun kesum *

4 helai daun limau purut *

2 sudu makan pes cili kering

1 sudu teh belacan

1 sudu teh serbuk ketumbar

1 biji tomato masak *

7 batang kacang bendi

1 biji tomato masak ( di potong 4 )

Sedikit daun kesum ( di hiris )

3 helai daun limau purut ( di hiris )

1 batang serai ( di ketuk )

Garam secukupnya

Gula melaka/kabung dalam 1 sudu teh

CARA MEMASAK

1. kisarkan kesemua bahan - bahan yang bertanda * sehingga halus.

2. Panaskan minyak di dalam periuk secukupnya. Masukkan bahan - bahan yang telah di kisar tadi bersama dengan pes cili kering.Biarkan sehingga agak garing.

3.Masukkan ayam, masakkan lagi sehingga air ayam menjadi  agak kering. Kemudian masukkan air secukupnya bersama dengan air asam jawa.

4. Apabila mendidih, masukkan buah tomato, kacang bendi, bahan - bahan yang telah di hiris tadi, serai, serbuk ketumbar, belacan, garam dan juga gula melaka.

5. Biarkan mendidih seketika dan kuahnya menjadi agak pekat bolehlah di angkat dan di hidangkan.

KARI DAGING


BAHAN - BAHAN

300 gm daging lembu ( di hiris halus )

1/2 biji kelapa

5 ulas bawang merah *

3 ulas putih *

1/2 inci halia *

2 ulas bawang merah ( di mayang halus )

1 ulas bawang putih ( di mayang halus )

1 paket rempah kari daging baba's

1 sudu makan pes cili kering

Rempah 4 sekawan

2 sudu makan air asam jawa

Sedikit daun kari

2 biji ubi kentang ( di potong baji )

Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak secukupnya untuk menumis. Masukkan bawang yang telah di hiris tadi bersama dengan rempah 4 sekawan. Biarkan sehingga layu dan masukkan daun kari.

2. Kisarkan bahan yang bertanda * dan campurkan bersama dengan rempah kari dan juga pes cili kering.

3. masukkan ke dalam periuk tumisan tadi, biarkan agak garing dan bolehlah di masukkan daging. Biarkan seketika sehingga air daging tersebut agak kering.

4. kemudian bolehlah di masukkan santan lebih kurang 2 mangkuk atau 1 1/2 liter. Biarkan mendidih seketika.

5. masukkan ubi kentang, air asam jawa, garam dan gula. Biarkan mendidih sehingga kuahnya agak pekat dan bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi minyak ataupun nasi putih.

NASI MINYAK


BAHAN - BAHAN

3 cwn beras basmathi

4 cwn air

1 sudu makan minyak sapi

Rempah 4 sekawan

3 ulas bawang merah ( di mayang halus )

2 ulas bawang putih ( di mayang halus )

1/2 inci halia ( di mayang halus )

2 helai daun pandan

2 sudu makan susu cair

1/2 sudu teh garam


CARA MEMASAK

1. Bersihkan beras basmathi dan rendam dalam 1/2 jam.

2. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan - bahan yang di hiris dan rempah 4 sekawan. Biarkan sehingga layu dan berbau wangi. masukkan daun pandan yang di simpul.

3. Kemudian masukkan beras, biarkan seketika dan masukkan susu cair.

4. Masukkan air dan garam. Apabila nasi telah hampir masak bolehlah masukkan kismis kuning sebagai hiasan. Biarkan sehingga nasi masak.

Rabu, 19 Oktober 2011

PUCUK PAKU GORENG BELACAN


BAHAN - BAHAN

1 ikat pucuk paku

1 ulas bawang putih *

2 ulas bawang merah *

2,3 biji cili padi *

1 ekor sotong ( di potong kecil )

4,5 ekor udang ( buang kepalanya )

1 sudu kecil belacan serbuk *

1 sudu besar sos tiram


CARA MEMASAK

1. Kisar kasar kesemua bahan - bahan yang bertanda * dan potong pucuk paku sederhana panjangnya.

2. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak untuk menumis.

3. Tumiskan bahan - bahan kisar tadi sehingga naik baunya, kemudian masukkan sotong dan udang
Biarkan seketika.

4. Masukkan sos tiram dan sedikit air, kemudian masukkan pucuk paku.

5. Masukkan garam dan gula secukupnya, masak lagi sehingga pucuk paku agak layu dan bolehlah di angkat dan di hidangkan.

NASI AYAM


BAHAN - BAHAN

1/2 ekor ayam

1 inci halia di ketuk )

3 ulas ( di ketuk )

Bahan perapan

1 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh cuka makan

1 sudu teh kicap pekat

1 1/2 sudu teh garam

CARA PENYEDIAAN

1. Ayam di bersihkan dan di rebus bersama dengan halia dan bawang putih.

2. Kemudian ayam di toskan dan perapkan dengan bahan - bahan perapan di atas selama lebih kurang dalam 1/2 jam.

3. Kemudian bolehlah di bakar di dalam oven sehingga ayam tersebut masak.

BAHAN - BAHAN ( untuk nasi )

3 cawan beras ( basuh & toskan airnya )

4 cawan air rebusan ayam ( untuk memasak nasi )

2 helai daun pandan

3 ulas bawang merah ( di mayang halus )

2 ulas bawang putih ( di mayang halus )

2 sm halia muda ( di mayang halus )

1 sudu makan marjerin Planta

CARA MEMASAK

1. Panaskan periuk, masukkan marjerin dan tumiskan bahan - bahan yang telah di mayang halus tadi sehingga kekuningan.Masukkan daun pandan.

2. Masukkan beras, kemudian masukkan air rebusan ayam tadi bersama sedikit garam. Biarkan sehingga nasi masak.

BAHAN - BAHAN ( untuk sos )

1 biji cili merah besar

15 biji cili api yang merah

1 sudu makan cuka makan

2 1/2 sudu makan sos cili

1/2 biji buah tomato ( yang masak ranum )

1 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 1/2 sudu makan gula

2 sudu teh garam

1 cawan air

CARA PENYEDIAAN

1. Kisarkan kesemua bahan - bahan di atas sehingga halus

2. Masak sehingga agak pekat.


BAHAN - BAHAN ( untuk sup )

Air rebusan ayam secukupnya

3 ulas bawang merah ( di mayang halus )

2 ulas bawang putih ( di mayang halus )

Rempah 4 sekawan

Garam  secukupnya

Daun sup dan daun bawang

CARA MEMASAK

1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan rempah 4 sekawan hingga kekuningan.

2. Masukkan air rebusan ayam dan garam secukupnya. Biarkan sehingga mendidih seketika.

3. Masukkan hirisan daun sup dan daun bawang sewaktu menghidangkannya.


Sabtu, 1 Oktober 2011

PUCUK PAKU MASAK LEMAK CILI API


BAHAN - BAHAN

2 ikat pucuk paku

2 ulas bawang merah *

1 ulas bawang putih *

5 - 6 biji cili api *

Beberapa ekor udang ( sederhana besar di buang kulitnya )

1/2 inci kunyit hidup *

1 batang serai ( di ketuk )

Santan secukupnya

Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK

1. Kisar lumat semua bahan yang bertanda *.

2. Tumiskan bahan - bahan yang di kisar tadi.
 sehingga naik baunya.

3. Kemudian masukkan serai dan santan. Pastikan sentiasa mengacaunya agar kuahnya tidak berketul.

4. Apabila telah mendidih, masukkan pucuk paku yang telah di potong terlebih dahulu. Masukkan juga udang , garam dan gula secukupnya.

5. Apabila kuah agak pekat, bolehlah di angkat dan di nikmati bersama nasi putih yang panas.

PAPRIK CAMPUR


BAHAN - BAHAN

1 keping dada ayam ( di potong )

Sedikit hirisan daging

Beberapa ekor sotong ( di potong kecil )

Beberapa ekor udang

3 ulas bawang putih ( di ketuk )

1 labu bawang besar ( di potong bulat )

1 sudu besar pes cili kering

beberapa helai daun limau purut

2 batang serai ( di ketuk )

1 biji tomato ( di potong dadu )

1 biji cili merah ( di hiris kasar )

1 biji cili hijau ( di hiris kasar )

Sedikit bunga kobis

2 batang kacang panjang / kacang buncis

beberapa biji cili padi ( di ketuk )

1 sudu besar sos tiram

1 1/2 sos cili thai

Garam dan gula secukupnya

CARA PENYEDIAAN

1. Tumiskan bawang putih,serai dan daun limau purut.Masukkan isi ayam dan hirisan daging,biarkan seketika.

2. Masukkan pes cili kering,tumis lagi sehingga naik minyaknya.

3. Masukkan isi udang dan sotong.Kacau mesra,masukkan bunga kobis dan kacang panjang yang telah di potong.

4. Masukkan juga sos tiram, sos cili, cili padi, tomato, bawang besar, garam dan juga gula.

5. Bila semuanya sudah sebati dan mesra, bolehlah di angkat.

TOMYAM CAMPUR


BAHAN - BAHAN

1 keping dada ayam ( di potong dadu )

2 ekor sotong ( di potong 4 setiap 1 )

Beberapa ekor udang

Sedikit daging ( di hiris halus )

3 ulas bawang putih ( di ketuk )

2 labu bawang besar ( di potong bentuk baji )

1/2 inci lengkuas ( di ketuk )

2 batang serai ( di  ketuk )

Beberapa biji cili padi ( di ketuk )

Beberapa helai daun limau purut

1 biji tomato ( di potong dadu )

Sedikit bunga kobis ( di hiris sederhana tebal )

Sedikit cendawan tiram

1 1/2 sudu pes tomyam

Garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

1.Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang putih,serai,daun limau purut dan lengkuas sehingga kekuningan. Masukkan ayam dan daging,bila setengah masak, masukkan pes tomyam.

2.Kemudian masukkan air anggaran dalam 1 liter.bila telah mendidih, masukkan sotong dan udang.

3. Kemudian masukkan cili padi, tomato, bawang besar, bunga kobis, cendawan tiram berserta garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih seketika.

4. Bagi yang suka masam, bolehlah menambahkan air perahan limau nipis ke dalamnya. Sedia untuk di hidangkan.

MASAK LEMAK TEMPOYAK IKAN KELI


BAHAN - BAHAN

2 ekor ikan keli

 2 sudu makan  tempoyak

2 batang serai

5 -6 biji cili padi * ( boleh kurangkan atau tambah )

250 ml santan

2 keping asam gelugur

1/2 inci kunyit hidup *

4 ulas bawang merah *

2 ulas bawang putih *

Garam dan gula secukupnya

CARA PENYEDIAAN

1. Bersihkan ikan keli dan kisarkan bahan - bahan yang bertanda.

2. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan - bahan yang di kisar tadi hingga naik baunya.

3.Masukkan serai yang telah di ketuk. Masukkan juga santan bersama tempoyak. pastikan kuahnya sentiasa di kacau untuk mengelakkan kuahnya dari berketul - ketul.

4. Apabila kuahnya mendidih masukkan ikan keli tadi. Masukkan juga asam keping, garam dan gula secukup rasa.

5. Masak sehingga kuahnya agak pekat dan bolehlah di hidangkan.

IKAN KERISI MASAK TAUCU


BAHAN - BAHAN

3 ekor ikan kerisi yang di goreng

2 labu bawang besar ( di potong 6 )

2 ulas bawang putih ( di hiris )

1/2 inci halia ( di hiris )

200 gm taucu

Beberapa biji cili hijau

1 batang timun muda ( di potong beberapa bahagian )

Cuka secukup rasa

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit air

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi.

3. Selepas itu, masukkan taucu bersama cuka. Kacau sehingga mendidih.

4. Masukkan timun muda, cili hijau dan air secukupnya.Kacau lagi.

5. Akhir sekali masukkan ikan dan kacau sebati.

6. Sedia di hidangkan.

Jumaat, 30 September 2011

SOTONG KUNYIT MASAK PEDAS


BAHAN - BAHAN
Beberapa ekor sotong.
1 helai daun kunyit *
1 biji cili merah *
1 biji cili hijau *
5 - 6 biji cili padi *
1/2 inci halia muda *
1/2 inci kunyit hidup
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih *
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.
CARA MEMASAK
1.Bersihkan sotong dan celurkan seketika. Ketepikan.
2.Mayang/hiris halus semua bahan - bahan yang bertanda.
3.Tumiskan bahan - bahan yang telah di hiris tadi sehingga naik baunya.Masukkan air asam jawa.
4.Setelah sebati, masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Sedia untuk di hidangkan.

PENGAT UBI KAYU


BAHAN - BAHAN

1/2 kg ubi kayu

1 liter santan

200 ml air

200 gm gula

1/2 sudu teh garam

100 gm sagu biji putih

2 helai daun pandan

1 keping gula melaka

CARA MEMBUAT

1.Rebus ubi kayu hingga empuk. Ketepikan.

2.Didihkan santan bersama air dan gula melaka, kemudian masukkan ubi kayu yang di rebus tadi.

3.Biarkan seketika sebelum di masukkan gula dan garam. Masak sehingga gula sebati.

4.Selepas itu , masukkan sagu dan masak sampai kembang. Sedia untuk di hidangkan.

Selasa, 27 September 2011

MASAK LEMAK CILI API IKAN PARANG


Main dish kami hari ni,masak lemak cili api ikan parang..resepi asal dari hubby, al-maklum saya asal dari kelate. hubby plak nogori + melaka.

BAHAN - BAHAN

2 keping ikan parang

2 mangkuk santan

4 ulas bawang merah *

2 ulas bawang putih *

1 batang serai *

10 biji cili padi *

1/2 inci kunyit hidup *

1 keping asam gelugur

Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK

1.Bersihkan ikan dan ketepikan.

2.Kisar bahan - bahan yang bertanda * hingga halus.

3.Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan - bahan yang di kisar tadi sehingga sedikit garing.

4.Kemudian masukkan santan. Pastikan sentiasa di kacau agak tidak berrketul.

5.Apabila telah mendidih,masukkan ikan, asam keping, garam dan gula.Biarkan mendidih seketika.

6.Bila kuahnya agak pekat, bolehlah di angkat dan di hidangkan.

LEMPENG PISANG


 Lempeng pisang ni best di makan waktu petang bersama kopi ataupun teh.

BAHAN A

1 kg pisang berangan ( di lenyek )

6 sudu makan tepung gandum

200 gm gula pasir

Sedikit marjerin.

Sedikit garam

Daun pisang sebagai alas

BAHAN B ( INTI )

1 biji kelapa parut

Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA

1.Adunkan tepung gandum bersama pisang dan gula.Tambahkan tepung sekiranya agak lembik. Kacau sebati.

2.Kemudian, ambil sesenduk adunan yang telah di bancuh dan letakkan da atas daun pisang yang telah di lapkan terlebih dahulu.

3.Letakkan 2 sudu kelapa yang telah di campurkan dengan garam di tengah - tengahnya.

4.Lipat dua daun pisang tersebut dan bakar di atas kuali.

5.Setelah masak, balikkan daun pisang dan sapukan marjerin secukupnya untuk dapatkan aroma yang lebih wangi.

6.Sedia untuk di nikmati bersama minum petang anda sekeluarga.

Sabtu, 24 September 2011

NASI BERIANI GAM AYAM


Resipi ni belum pernah cuba buat, tapi resepinya nampak best sangat..so saya abadikan dalam blog saya ni.Insyaallah nanti saya pasti cuba buat.


BAHAN - BAHAN

600 gm beras basmathi                                                           3 biji buah pelaga

600 ml air                                                                               3 biji bunga cengkih

200 ml susu cair                                                                      1 batang kulit kayu manis

2 labu bawang besar ( di hiris )                                                5 helai daun pudina

2.5 sm halia ( di kisar )                                                            Daun ketumbar secukupnya

5 ulas bawang putih ( di hiris )                                                  1 sudu makan minyak sapi

1 sudu teh garam                                                                     2 sudu makan minyak masak

1 sudu teh gula                                                                        1 biji tomato ( di belah 4 )

2 helai daun pandan                                                                 1 biji cili hijau ( di belah 2 )

1 sudu teh rempah beriani                                                        1 sudu teh pewarna kuning

6 ketul ayam

BAHAN PES AYAM

3 biji bawang besar  ( di kisar )                                                3 sudu makan rempah kurma

3 ulas bawang putih ( di kisar )                                                 Daun pudina secukupnya

2 cm halia ( di kisar )                                                               Daun ketumbar secukupnya                                                              

250 ml susu cair                                                                      Garam dan gula secukup rasa

4 biji rempah 4 sekawan                                                         4 sudu makan tomato puree

1 sudu teh serbuk jintan putih

1 sudu teh serbuk jintan manis

CARA MEMASAK

1.Untuk membuat pes beriani gam,panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam kuali.Tumis bawang besar,bawang putih dan rempah 4 sekawan sehingga naik baunya.

2.Kemudian masukkan halia,rempah kurma dan sedikit air.Tunggu sehingga bahan mendidih dan naik minyak.

3.Selepas itu masukkan susu cair,tomato puree,garam,gula,daun pudina,daun ketumbar dan buah tomato.Kacau rata hingga mendidih,angkat dan ketepikan.

4.NASI.Cuci beras basmathi hingga bersih dan rendam seketika.

6.Panaskan minyak sapi di dalam periuk.Setelah panas,tumiskan bawang besar,bawang putihdan rempah 4 sekawan sehingga kekuningan dan naik bau.

7.Kemudian masukkan halia yang di kisar tadi,air,garam,gula,cili hijau,tomato dan daun pandan.

8.Masukkan rempah pes ayam beriani gam tadi dan susu cair.

9.Selepas itu masukkan beras basmathi dan kacau hingga sebati.

10.Akhir sekali masukkan pewarna kuning dan hingga nasi masak.

AYAM GORENG MADU BEREMPAH


BAHAN - BAHAN

1/2 ekor ayam ( di potong sederhana )

Garam secukup rasa

10 gm serbuk kunyit

1 sudu makan rempah kari

3 ulas bawang putih ( di kisar )

2 sm halia ( di kisar )

15 biji cili kering ( di kisar )

1 labu bawang besar ( di potong bulat )

3 sudu makan madu

50 gm gula merah

2 sudu makan sos tomato

100 ml air

CARA MEMASAK

1.Perapkan ayam bersama bawang putih,halia,serbuk kunyit,garam dan serbuk kari selama lebih kurang 1/2 jam.

2.Sebelum ayam di goreng,ketuk - ketukkan dahulu ayam untuk mengasingkan bahan perapan.Simpan bahan perapan tersebut dan goreng ayam sehingga garing.Ketepikan.

3.Ambil bahan perapan yang di asingkan tadi dan tumis bersama cili kering sehingga terbit minyak.

4.Kemudian masukkan sos tomato,madu,gula merah dan air.Kacau hingga mesra.

5.Masukkan ayam dan bawang besar,kacau hingga bawang besar layu dan sebati.

6.Sedia untuk di hidangkan.

ASAM PEDAS DAGING

BAHAN - BAHAN

1 kg daging ( di hiris )

3 sm lengkuas ( di hiris )

20 biji cili kering ( di kisar )

4 ulas bawang merah ( di kisar )

5 ulas bawang putih ( di kisar 0


1 sudu makan kerisik


1 sudu makan halba


1 liter air


4 helai daun limau purut


1 keping asam gelugur


Minyak untuk menumis


Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAK


1.Tumis halba hingga berbau harum.


2.Kemudian masukkan bahan - bahan yang telah di kisar tadi.Tumis lagi sehingga agak garing.


3.Kemudian masukkan air,daging,asam keping,daun limau purut dan lengkuas.Kacau mesra dan biarkan sehingga daging empuk.


4.Kemudian masukkan kerisik.


5.Perasakan dengan garam dan gula dan sedia untuk di nikmati.

Jumaat, 23 September 2011

SOMTAM

BAHAN - BAHAN

350gm betik muda ( di hiris halus )

100gm kacang panjang ( di hiris )

80gm tomato ( di hiris )

2 ulas bawang putih

2 biji cili padi merah

50gm kacang tanah goreng

50gm udang kering ( di kisar halus )

2 biji limau nipis di ambil jusnya

1 sudu makan gula halus

1 sudu makan kicap ikan thai

CARA PENYEDIAAN

1.Tumbuk bawang putih bersama dengan cili padi hingga hancur.Kemudian masukkan kacang panjang,tumbuk lagi hingga halus.

2.Masukkan hirisan betik muda dan gaulkan rata.

3.Kemudian masukkan pula udang kering,kacang tanah,jus limau nipis dan gula.Gaulkan hingga sebati.

4.Akhir sekali masukkan hirisan tomato dan gaul rata.

5.Letakkan ke dalam pinggan dan taburkan lebihan kacang tanah,udang kering dan juga cili padi merah tadi.

KURMA DAGING BUKU BESAR


BAHAN - BAHAN

1 kg daging lembu ( potong setebal 7 cm )

8 biji bawang besar ( 4 biji di kisar, 4 biji di potong 4 )

5 ulas bawang putih ( di  kisar )

5 sm halia ( di ketuk )

10 biji ubi kentang ( di belah 4 )

500ml santan pekat

2 helai daun pandan

3 sudu makan rempah kurma

Garam dan gula secukup rasa

Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK

1.Panaskan munyak di dalam periuk.Tumiskan bawang besar,bawang putih,halia dan daun pandan sehingga wangi.

2.Kemudian masukkan rempah dan kacau sebati.

3.Selepas itu masukkan daging dan air.Tutupkan dan biarkan daging empuk.

4.Kemudian masukkan santan,bawang besar yang dibelah 4 tadi dan juga ubi kentang.

5.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Kacau rata sehingga kuahnya benar - benar telah pekat.

6.Sedia di hidangkan dan di nikmati.