Ahad, 27 November 2011

Nasi Minyak Hujan Panas


Bahan - Bahannya

5 cawan beras basmati

6 cawan air

3 sudu makan minyak sapi

Sedikit rempah kasar ( 4 sekawan )

5 ulas bawang merah ( di hiris nipis )

4 ulas bawang putih ( di hiris nipis )

1 inci halia ( di racik halus )

2 helai daun pandan

5 sudu makan susu cair

Sedikit garam

Pewarna merah, kuning dan hijau

Cara Penyediaan

1. Bersihkan beras dan rendamkan lebih kurang 15 minit. Toskan.

2. Panaskan periuk, masukkan minyak sapi dan tumiskan rempah kasar, halia, bawang merah,bawang putih dan daun pandan.

3. Masukkan air, susu cair dan biarkan airnya mendidih. Masukkan beras dan sedikit garam.

4. Bila nasi agak kering bolehlah di titikkan pewarna dan biarkan nasi masak, barulah boleh di harung nasinya.

5. Sedia di nikmati bersama kari ayam ataupun daging.

Roti Canai

Assalamualaikum..lamanya tak update blog. Hari ni saya nak entry-kan Roti canai, Kuah Kacang Dal dan juga Keropok Lekor. Dah lama teringin nak makan roti canai, akhirnya dapat juga makan roti canai masakan sendiri. Terimakasih ler pada tuan punya resepi yer.. jom kita lihat cara membuatnya.



Bahan - bahannya

1 kg tepung gandum

500 ml air

1 biji telur

1 sudu besar susu pekat

1 sudu besar marjerin planta

1 sudu besar rata garam

Cara Membuatnya

1. Masukkan air ke dalam besen ataupun mangkuk yang besar, masukkan garam, telur. susu pekat dan marjerin. Kemudian masukkan tepung, ulikan hingga sebati.

2. Biarkan doh seketika, lebih kurang 10 minit. 

3. Uli sekali lagi, kemudian bulat - bulatkan adunan dan lumurkan adunan dengan marjerin.

4. Perapkan adunan lebih kurang 3 - 4 jam.

5. Bolehlah di tebar dan di goreng di atas api yang kecil.

Kuah Kacang Dal


Bahan - bahan

100 gm kacang dal ( di rendam terlebih dahulu )

1/2 sudu serbuk kunyit

1 biji bawang besar ( di potong dadu atau di hiris )

1 biji karot ( saya tak letak )

1 biji tomato ( di potong dadu )

2 biji cili hijau ( di hiris kasar )

1 biji terung bulat ( potong dadu )

100 ml santan

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit air asam jawa

Sedikit minyak ( untuk menumis )

1/2 sudu kecil biji sawi

1/2 sudu jintan manis ( di tumbuk sikit )

1 tangkai daun kari

2 biji lada kering ( di potong kasar )

3 biji bawang merah ( di hiris nipis )

2 biji bawang putih ( di hiris nipis )

Cara Membuatnya

1. Rebuskan kacang dal hingga betul2 lembut ( saya blend kacang dal tu sebab suka kuahnya yang pekat ).Masukkan sedikit serbuk kunyit ke dalam rebusan kacang dal.

2. Apabila kacang tu dah lembut, masukkan bawang besar, karot, terung dan tomato. Masak lagi hingga semua sayuran menjadi lembut.

3. Masukkan santan, garam, gula dan sedikit air asam jawa. Masak lagi hingga mendidih, masukkan cili hijau, tutup api dan ketepikan.

4. Panaskan minyak di dalam kuali yang lain, tumiskan biji sawi, jintan manis, daun kari. cili kering, bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.

5. Masukkan bahan - bahan yang telah di tumis tadi ke dalam kuah kacang dal dan masak lagi lebih kurang 5 - 10 minit.

6. Bolehlah di angkat dan di nikmati bersama dengan roti canai.

Keropok Lekor





Bahan - bahan 

2 kg ikan sardin/selayang ( ambil isi lebih kurang 2 bekas taufufa yg bulat tu )

3/4 bekas bulat taufufa tepung sagu

2 sudu teh garam lebih kurang

Sedikit serbuk perasa jika suka

Cara Penyedianya

1. Isi ikan di masukkan ke dalam food processor, kisar hingga lumat.

2. Kemudian masukkan tepung sagu, garam, dan serbuk perasa. Kisar lagi hingga sebati.

3. Panaskan air di dalam periuk yang agak besar hingga mendidih.

4. Taburkan sedikit tepung sagu ke atas papan pencanai, ambil sedikit adunan tadi kemudian gentelkan kepada saiz yang di kehendaki.

5. Masukkan adunan yang di gentel tadi ke dalam air yang mendidih tadi.

6. Masaklah sehingga keropok tadi timbul ataupun lebih kurang dalam 10 minit, bergantung kepada saiz keropok anda.

7. Angkat dan toskan, enak di makan begitu saja ataupun di goreng.




Rabu, 16 November 2011

KARI SOTONG


BAHAN - BAHAN

1 kg sotong ( seeloknya yang besar )
1 bungkus rempah kari ikan baba's
1 liter santan ( sederhana pekat )
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1sm halia*
1 sudu makan pes cili kering
2 ulas bawang merah ( di hiris halus )
1 ulas bawang putih ( di hiris halus )
Rempah 4 sekawan
1 tangkai daun kari
sedikit air asam jawa
2 biji terung bulat ( di potong 4/5 )
1 biji tomato ( di potong 4 )
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK

1. Bersihkan sotong jangan di potong biarkan seekor macam tu je..

2. Kisarkan bahan - bahan yang bertanda * hingga halus, campurkan dengan pes cili kering dan rempah kari bersama dengan sedikit air. Ketepikan.

3. Panaskan minyak, tumiskan bawang yang telah di hiris tadi bersama dengan rempah 4 sekawan dan juga daun kari sehingga naik baunya dan bawang menjadi agak kekuningan.

4. Kemudian masukkan pula bahan - bahan kisar tadi dan tumiskan lagi sehingga semuanya sebati dan terbit minyaknya.

5. Masukkan pula santan, biarkan mendidih seketika sehingga agak pekat kuahnya.

6. Masukkan air asam jawa, sotong, terung bulat, buah tomato. Perasakan dengan garam dan gula, Biarkan mendidih seketika sehingga masak.

7. Bolehlah di hidangkan.







KEREPEK PISANG RANGUP


Bahan - bahan

Pisang Abu / Tanduk ( pisang tua yang belum masak )

Minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

Senang je..pisang di buang kulitnya dan di rendam kedalam air yang di tambah sedikit garam. Kemudian hirislah pisang tu nipis2 ataupun gunakan slicer untuk memudahkan kerja anda.
Panaskan minyak dan bolehlah goreng pisang dengan api yang sederhana sehingga kekuningan. Boleh juga tambahkan sedikit serbuk kunyit kedalam minyak untuk menambahkan warna kuning pada kerepek pisang.
Sejukkan pisang seketika dan bolehlah di taburkan gula aising pada kerepek pisang bagi yang suka kerepek pisang yang manis. Bolehlah di disimpan ke dalam bekas kedap udara.





Sabtu, 22 Oktober 2011

MEE GORENG ALA LAGENDA


Ni sarapan kami pagi ni. Mee goreng ala lagenda..

BAHAN - BAHAN

1 bungkus mee kuning

1 biji bawang besar *

2 ulas bawang putih *

1 mangkuk kecil udang

1 mangkuk kecil sotong

1 mangkuk kecil isi ayam

1 sudu besar pes cili kering

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu besar kicap manis

Sedikit sayur sawi

1 batang cili merah ( di hiris kasar )

1 batang cili hijau ( di hiris kasar )

1 biji tomato ( di potong dadu )

1 biji telur ayam

1 sudu teh gula

CARA MEMASAK

1.Kisar atau tumbuk je bahan - bahan yang bertanda *. Panaskan kuali dan tumiskan bahan - bahan tadi sehingga naik baunya.

2. Masukkan isi ayam, udang dan sotong, kacau sehingga sebati dan separuh masak. Kemudian masukkan pes cili kering. Kacau lagi.

3. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis, kacau lagi. Masukkan telur ayam tadi, kacau lagi dan masukkan sayur, tomato, cili merah, cili hijau, sos cili dan juga gula.

4. Masukkan mee dan sedikit air. Masaklah sehingga mee tersebut sehingga kering airnya.

Jumaat, 21 Oktober 2011

ASAM PEDAS AYAM

Assalamualaikum semua.. Hari ni saya nak share masakan asam pedas tapi versi ayam. Biasanya ikan yang di masak asam pedas kan! Ayam pun sedap juga di masak asam pedas, masam2 pedas gitu. Masakan ala ala Chef Wan. Kecur air liur..;)



Jom kita lihat resepinya..

BAHAN - BAHAN 

1/2 ekor ayam ( di potong 6 atau 8 )

1 cawan air asam jawa

5 ulas bawang merah *

3 ulas bawang putih * 

1 batang serai *

1/4 inci kunyit *

1/4 inci halia *

Segenggam daun kesum *

4 helai daun limau purut *

2 sudu makan pes cili kering

1 sudu teh belacan

1 sudu teh serbuk ketumbar

1 biji tomato masak *

7 batang kacang bendi

1 biji tomato masak ( di potong 4 )

Sedikit daun kesum ( di hiris )

3 helai daun limau purut ( di hiris )

1 batang serai ( di ketuk )

Garam secukupnya

Gula melaka/kabung dalam 1 sudu teh

CARA MEMASAK

1. kisarkan kesemua bahan - bahan yang bertanda * sehingga halus.

2. Panaskan minyak di dalam periuk secukupnya. Masukkan bahan - bahan yang telah di kisar tadi bersama dengan pes cili kering.Biarkan sehingga agak garing.

3.Masukkan ayam, masakkan lagi sehingga air ayam menjadi  agak kering. Kemudian masukkan air secukupnya bersama dengan air asam jawa.

4. Apabila mendidih, masukkan buah tomato, kacang bendi, bahan - bahan yang telah di hiris tadi, serai, serbuk ketumbar, belacan, garam dan juga gula melaka.

5. Biarkan mendidih seketika dan kuahnya menjadi agak pekat bolehlah di angkat dan di hidangkan.

KARI DAGING


BAHAN - BAHAN

300 gm daging lembu ( di hiris halus )

1/2 biji kelapa

5 ulas bawang merah *

3 ulas putih *

1/2 inci halia *

2 ulas bawang merah ( di mayang halus )

1 ulas bawang putih ( di mayang halus )

1 paket rempah kari daging baba's

1 sudu makan pes cili kering

Rempah 4 sekawan

2 sudu makan air asam jawa

Sedikit daun kari

2 biji ubi kentang ( di potong baji )

Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak secukupnya untuk menumis. Masukkan bawang yang telah di hiris tadi bersama dengan rempah 4 sekawan. Biarkan sehingga layu dan masukkan daun kari.

2. Kisarkan bahan yang bertanda * dan campurkan bersama dengan rempah kari dan juga pes cili kering.

3. masukkan ke dalam periuk tumisan tadi, biarkan agak garing dan bolehlah di masukkan daging. Biarkan seketika sehingga air daging tersebut agak kering.

4. kemudian bolehlah di masukkan santan lebih kurang 2 mangkuk atau 1 1/2 liter. Biarkan mendidih seketika.

5. masukkan ubi kentang, air asam jawa, garam dan gula. Biarkan mendidih sehingga kuahnya agak pekat dan bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi minyak ataupun nasi putih.

NASI MINYAK


BAHAN - BAHAN

3 cwn beras basmathi

4 cwn air

1 sudu makan minyak sapi

Rempah 4 sekawan

3 ulas bawang merah ( di mayang halus )

2 ulas bawang putih ( di mayang halus )

1/2 inci halia ( di mayang halus )

2 helai daun pandan

2 sudu makan susu cair

1/2 sudu teh garam


CARA MEMASAK

1. Bersihkan beras basmathi dan rendam dalam 1/2 jam.

2. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan - bahan yang di hiris dan rempah 4 sekawan. Biarkan sehingga layu dan berbau wangi. masukkan daun pandan yang di simpul.

3. Kemudian masukkan beras, biarkan seketika dan masukkan susu cair.

4. Masukkan air dan garam. Apabila nasi telah hampir masak bolehlah masukkan kismis kuning sebagai hiasan. Biarkan sehingga nasi masak.

Rabu, 19 Oktober 2011

PUCUK PAKU GORENG BELACAN


BAHAN - BAHAN

1 ikat pucuk paku

1 ulas bawang putih *

2 ulas bawang merah *

2,3 biji cili padi *

1 ekor sotong ( di potong kecil )

4,5 ekor udang ( buang kepalanya )

1 sudu kecil belacan serbuk *

1 sudu besar sos tiram


CARA MEMASAK

1. Kisar kasar kesemua bahan - bahan yang bertanda * dan potong pucuk paku sederhana panjangnya.

2. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak untuk menumis.

3. Tumiskan bahan - bahan kisar tadi sehingga naik baunya, kemudian masukkan sotong dan udang
Biarkan seketika.

4. Masukkan sos tiram dan sedikit air, kemudian masukkan pucuk paku.

5. Masukkan garam dan gula secukupnya, masak lagi sehingga pucuk paku agak layu dan bolehlah di angkat dan di hidangkan.

NASI AYAM


BAHAN - BAHAN

1/2 ekor ayam

1 inci halia di ketuk )

3 ulas ( di ketuk )

Bahan perapan

1 sudu teh serbuk kunyit

1 sudu teh cuka makan

1 sudu teh kicap pekat

1 1/2 sudu teh garam

CARA PENYEDIAAN

1. Ayam di bersihkan dan di rebus bersama dengan halia dan bawang putih.

2. Kemudian ayam di toskan dan perapkan dengan bahan - bahan perapan di atas selama lebih kurang dalam 1/2 jam.

3. Kemudian bolehlah di bakar di dalam oven sehingga ayam tersebut masak.

BAHAN - BAHAN ( untuk nasi )

3 cawan beras ( basuh & toskan airnya )

4 cawan air rebusan ayam ( untuk memasak nasi )

2 helai daun pandan

3 ulas bawang merah ( di mayang halus )

2 ulas bawang putih ( di mayang halus )

2 sm halia muda ( di mayang halus )

1 sudu makan marjerin Planta

CARA MEMASAK

1. Panaskan periuk, masukkan marjerin dan tumiskan bahan - bahan yang telah di mayang halus tadi sehingga kekuningan.Masukkan daun pandan.

2. Masukkan beras, kemudian masukkan air rebusan ayam tadi bersama sedikit garam. Biarkan sehingga nasi masak.

BAHAN - BAHAN ( untuk sos )

1 biji cili merah besar

15 biji cili api yang merah

1 sudu makan cuka makan

2 1/2 sudu makan sos cili

1/2 biji buah tomato ( yang masak ranum )

1 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 1/2 sudu makan gula

2 sudu teh garam

1 cawan air

CARA PENYEDIAAN

1. Kisarkan kesemua bahan - bahan di atas sehingga halus

2. Masak sehingga agak pekat.


BAHAN - BAHAN ( untuk sup )

Air rebusan ayam secukupnya

3 ulas bawang merah ( di mayang halus )

2 ulas bawang putih ( di mayang halus )

Rempah 4 sekawan

Garam  secukupnya

Daun sup dan daun bawang

CARA MEMASAK

1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan rempah 4 sekawan hingga kekuningan.

2. Masukkan air rebusan ayam dan garam secukupnya. Biarkan sehingga mendidih seketika.

3. Masukkan hirisan daun sup dan daun bawang sewaktu menghidangkannya.


Sabtu, 1 Oktober 2011

PUCUK PAKU MASAK LEMAK CILI API


BAHAN - BAHAN

2 ikat pucuk paku

2 ulas bawang merah *

1 ulas bawang putih *

5 - 6 biji cili api *

Beberapa ekor udang ( sederhana besar di buang kulitnya )

1/2 inci kunyit hidup *

1 batang serai ( di ketuk )

Santan secukupnya

Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK

1. Kisar lumat semua bahan yang bertanda *.

2. Tumiskan bahan - bahan yang di kisar tadi.
 sehingga naik baunya.

3. Kemudian masukkan serai dan santan. Pastikan sentiasa mengacaunya agar kuahnya tidak berketul.

4. Apabila telah mendidih, masukkan pucuk paku yang telah di potong terlebih dahulu. Masukkan juga udang , garam dan gula secukupnya.

5. Apabila kuah agak pekat, bolehlah di angkat dan di nikmati bersama nasi putih yang panas.

PAPRIK CAMPUR


BAHAN - BAHAN

1 keping dada ayam ( di potong )

Sedikit hirisan daging

Beberapa ekor sotong ( di potong kecil )

Beberapa ekor udang

3 ulas bawang putih ( di ketuk )

1 labu bawang besar ( di potong bulat )

1 sudu besar pes cili kering

beberapa helai daun limau purut

2 batang serai ( di ketuk )

1 biji tomato ( di potong dadu )

1 biji cili merah ( di hiris kasar )

1 biji cili hijau ( di hiris kasar )

Sedikit bunga kobis

2 batang kacang panjang / kacang buncis

beberapa biji cili padi ( di ketuk )

1 sudu besar sos tiram

1 1/2 sos cili thai

Garam dan gula secukupnya

CARA PENYEDIAAN

1. Tumiskan bawang putih,serai dan daun limau purut.Masukkan isi ayam dan hirisan daging,biarkan seketika.

2. Masukkan pes cili kering,tumis lagi sehingga naik minyaknya.

3. Masukkan isi udang dan sotong.Kacau mesra,masukkan bunga kobis dan kacang panjang yang telah di potong.

4. Masukkan juga sos tiram, sos cili, cili padi, tomato, bawang besar, garam dan juga gula.

5. Bila semuanya sudah sebati dan mesra, bolehlah di angkat.

TOMYAM CAMPUR


BAHAN - BAHAN

1 keping dada ayam ( di potong dadu )

2 ekor sotong ( di potong 4 setiap 1 )

Beberapa ekor udang

Sedikit daging ( di hiris halus )

3 ulas bawang putih ( di ketuk )

2 labu bawang besar ( di potong bentuk baji )

1/2 inci lengkuas ( di ketuk )

2 batang serai ( di  ketuk )

Beberapa biji cili padi ( di ketuk )

Beberapa helai daun limau purut

1 biji tomato ( di potong dadu )

Sedikit bunga kobis ( di hiris sederhana tebal )

Sedikit cendawan tiram

1 1/2 sudu pes tomyam

Garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

1.Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang putih,serai,daun limau purut dan lengkuas sehingga kekuningan. Masukkan ayam dan daging,bila setengah masak, masukkan pes tomyam.

2.Kemudian masukkan air anggaran dalam 1 liter.bila telah mendidih, masukkan sotong dan udang.

3. Kemudian masukkan cili padi, tomato, bawang besar, bunga kobis, cendawan tiram berserta garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih seketika.

4. Bagi yang suka masam, bolehlah menambahkan air perahan limau nipis ke dalamnya. Sedia untuk di hidangkan.

MASAK LEMAK TEMPOYAK IKAN KELI


BAHAN - BAHAN

2 ekor ikan keli

 2 sudu makan  tempoyak

2 batang serai

5 -6 biji cili padi * ( boleh kurangkan atau tambah )

250 ml santan

2 keping asam gelugur

1/2 inci kunyit hidup *

4 ulas bawang merah *

2 ulas bawang putih *

Garam dan gula secukupnya

CARA PENYEDIAAN

1. Bersihkan ikan keli dan kisarkan bahan - bahan yang bertanda.

2. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan - bahan yang di kisar tadi hingga naik baunya.

3.Masukkan serai yang telah di ketuk. Masukkan juga santan bersama tempoyak. pastikan kuahnya sentiasa di kacau untuk mengelakkan kuahnya dari berketul - ketul.

4. Apabila kuahnya mendidih masukkan ikan keli tadi. Masukkan juga asam keping, garam dan gula secukup rasa.

5. Masak sehingga kuahnya agak pekat dan bolehlah di hidangkan.

IKAN KERISI MASAK TAUCU


BAHAN - BAHAN

3 ekor ikan kerisi yang di goreng

2 labu bawang besar ( di potong 6 )

2 ulas bawang putih ( di hiris )

1/2 inci halia ( di hiris )

200 gm taucu

Beberapa biji cili hijau

1 batang timun muda ( di potong beberapa bahagian )

Cuka secukup rasa

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit air

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi.

3. Selepas itu, masukkan taucu bersama cuka. Kacau sehingga mendidih.

4. Masukkan timun muda, cili hijau dan air secukupnya.Kacau lagi.

5. Akhir sekali masukkan ikan dan kacau sebati.

6. Sedia di hidangkan.

Jumaat, 30 September 2011

SOTONG KUNYIT MASAK PEDAS


BAHAN - BAHAN
Beberapa ekor sotong.
1 helai daun kunyit *
1 biji cili merah *
1 biji cili hijau *
5 - 6 biji cili padi *
1/2 inci halia muda *
1/2 inci kunyit hidup
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih *
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.
CARA MEMASAK
1.Bersihkan sotong dan celurkan seketika. Ketepikan.
2.Mayang/hiris halus semua bahan - bahan yang bertanda.
3.Tumiskan bahan - bahan yang telah di hiris tadi sehingga naik baunya.Masukkan air asam jawa.
4.Setelah sebati, masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Sedia untuk di hidangkan.

PENGAT UBI KAYU


BAHAN - BAHAN

1/2 kg ubi kayu

1 liter santan

200 ml air

200 gm gula

1/2 sudu teh garam

100 gm sagu biji putih

2 helai daun pandan

1 keping gula melaka

CARA MEMBUAT

1.Rebus ubi kayu hingga empuk. Ketepikan.

2.Didihkan santan bersama air dan gula melaka, kemudian masukkan ubi kayu yang di rebus tadi.

3.Biarkan seketika sebelum di masukkan gula dan garam. Masak sehingga gula sebati.

4.Selepas itu , masukkan sagu dan masak sampai kembang. Sedia untuk di hidangkan.

Selasa, 27 September 2011

MASAK LEMAK CILI API IKAN PARANG


Main dish kami hari ni,masak lemak cili api ikan parang..resepi asal dari hubby, al-maklum saya asal dari kelate. hubby plak nogori + melaka.

BAHAN - BAHAN

2 keping ikan parang

2 mangkuk santan

4 ulas bawang merah *

2 ulas bawang putih *

1 batang serai *

10 biji cili padi *

1/2 inci kunyit hidup *

1 keping asam gelugur

Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK

1.Bersihkan ikan dan ketepikan.

2.Kisar bahan - bahan yang bertanda * hingga halus.

3.Panaskan minyak di dalam periuk dan tumiskan bahan - bahan yang di kisar tadi sehingga sedikit garing.

4.Kemudian masukkan santan. Pastikan sentiasa di kacau agak tidak berrketul.

5.Apabila telah mendidih,masukkan ikan, asam keping, garam dan gula.Biarkan mendidih seketika.

6.Bila kuahnya agak pekat, bolehlah di angkat dan di hidangkan.