Sabtu, 23 Julai 2011
NASI BERIANI
Bahan-bahan ( 4 orang )
3 cawan beras basmathi
sedikit rempah tumis
6 ulas bawang merah ( blend )
5 ulas bawang putih ( blend )
2 cm halia ( blend )
1/2 biji bawang besar ( hiris )
sedikit daun pudina,daun bawang,daun sup
2-3 tbsp minyak sapi
1 tsp garam
sedikit pewarna kuning ( saya tak guna )
2 tbsp rempah beriani
4 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
Cara membuatnya
1.Panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah beriani.
2.Masukkan bawang hiris,goreng sebentar.Kemudian,masukkan pula bahan- bahan yg diblend tadi.
3.masukkan air,tunggu sehingga mendidih.
4.Masukkan daun bawang,daun pudina,daun sup.Masukkan juga garam.Masukkan beras ,kacaukan.
5. Bila nasi dah masak,keluarkan daun-daun bawang yang ada dalam periuk tu.Tambahkan susu cair kedalamnya.Titikkan pewarna,kacaukan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan