Dulu saya pernah cuba resepi ni yang diambil dari majalah-majalah masakan,tapi tak pernah menjadi.Tapi kali ni,Alhamdulillah menjadi.Resepi ni saya ambil dari myresipi.Terima kasih pada tuan punya resipi iaitu widad@myresipi.com
Bahan-bahannya (6 orang)
1 cawan gula(saya guna 3/4 cawan utk kurang manis)
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega
Cara-caranya
1.masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
2.Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
3.Masukkan mentega.sejukkan,ketepikan dulu.
4.Pukul telur hingga betul-betul kembang dan pekat.
5.Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi,kacau sebati.
6.Masukkan pula tepung + soda.sebatikan.
7.Akhir sekali.masukkan air gula yang dah sejuk.
8.Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
9.Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan