Isnin, 6 Ogos 2012

Nasi Kerabu Hitam/Biru


Assalamualaikum semua, hari ni nak kongsi satu lagi resepi dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Nasi Kerabu.. Masakan ni saya masak sewaktu adik saya Mimi datang berbuka puasa bersama suaminya Sofri dan anak sulung mereka Sofia Khaisara, minggu lepas. Tak sempat nak masukkan ke dalam blog ni, masih sibuk dengan menjahit. Resepi ni saya c/p dari ImpianSuri. Terimakasih untuk tuan punya resepi, kita share dekat sini yer..


Sumber : ImpianSuri

(Hidangan untuk 15 orang)

Bahan 1: Sambal kelapa

1 biji kelapa parut putih
1 kilo ikan kembong/sardin segar (dibakar)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih (dibakar)
1/2 ulas bawang besar (dibakar)
4 batang serai (dihiris nipis)
sedikit halia
10 biji lada hitam
sedikit garam
gula secukup rasa (lebihkan manis sedikit)

Cara:

1. Goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga kekuningan. Angkat.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia dan lada hitam.
3. Gaulkan dalam kelapa goreng bersama garam, gula dan serai.
(Sebaik-baiknya gaul malam sebelum dihidangkan esok agar bahan tersebut sebati)
4. Masukkan ikan bakar yang telah diasingkan tulang. Gaul dan rasa.
(Hati-hati agar tiada tulang yang tinggal)
5. Tumbuk sedikit bahan yang telah digaul agar lebih halus.


Bahan 2: Tumis kelapa

2 biji kelapa (santan pekat)
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kering/cili boh
1 inci halia
4 batang serai (ditindik)
2 keping asam gelugor
garam, gula secukup rasa
1 cawan air
sedikit serbuk perasa (jika suka)

Cara:

1. Jerang santan pekat dan tambahkan air, bawang serta halia yang telah ditumbuk.
2. Masukkan cili kering, asam gelugor, serai, gula, garam dan serbuk perasa.
3. Jerang dengan api sederhana sehingga pekat.

Bahan 3: Ulam

1. daun kesum, bunga kantan, timun, kacang panjang (dihiris nipis) dan taugeh.
2. letakkan secara berasingan.

Bahan 4: Budu

Bahan 5: Sambal cili

1. Tumbuk cili padi masak dan sedikit cili besar. Tambahkan cuka, gula dan garam.

Bahan 5: Nasi putihada juga dibuat nasi kerabu hitam (diletakkan perahan air bunga nasi kerabu) atau nasi kerabu kuning (diletakkan kunyit)

************
*Nasi kerabu siap untuk dimakan. Ia sedap dimakan bersama ayam atau daging bakar dan keropok ikan.

Khamis, 26 Julai 2012

Puding Roti Karamel


Assalamualaikum semua..
Hari ni nak share satu resepi puding karamel. Resepi saya dapat dari blog Kak Nor Secubit Garam, terus saya cuba membuat puding ni. Jadi tu memanglah menjadi tapi tak secantik yang Kak Nor punya. Al-maklumlah saya ni masih lagi dalam peringkat belajar lagi.Sedap puding roti karamel ni, senang dan ringkas cara nak masaknya. Apa apa masakan yang saya cuba masak akan saya cuba paparkan dalam blog saya yang tak seberapa ni, insyaallah. Terimakasih pada tuanpunya resepi yer!. *_*


RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg , Hana & Kak Nor

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je.

Sabtu, 21 Julai 2012

Kek Tiramisu

Assalamualaikum semua dan Salam Ramadhan buat semua tetamu Dunia Masakanku. Semoga ramadhan kali ini memberi lebih pengertian untuk semua, terutamanya diri saya sendiri dan juga keluarga, aminn..
Kali ni saya nak postingkan kek Tiramisu yang dah lama sebenarnya saya nak buat. Akhirnya pada harijadi suami ( 19 july ) yang lalu terhasillah kek ini. Suami saya jenis yang tak suka makan kek, demi nak menjaga hati isteri yang dah bersusah payah nak buatkan kek untuk harijadi dia, habislah juga sepotong kek di makannya. Walaupun penghasilan kek saya ni tak sesempurna kek kawan kawan blog yang lain, saya tetap nak tempekkan juga gambar kek tiramisu saya ni..


Semasa mencari bahan bahan nak masak kek ni jenuh jugalah duk membelek whipping cream dekat pasaraya tu, takut pula tak halal. Bagi yang agak was was macam saya ni eloklah rasanya menjengah laman laman ni : Aduan Halal MalaysiaPandan Pusat Bekalan Bakeri,MyR,Masam Manis.






Jom lihat bahan bahannya.

Bahan bahan untuk kek

175 gm butter
200 gm gula kastor
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
200 gm tepung gandum *
80 gm serbuk koko *
1/2 cawan susu segar perisa coklat
1 sudu teh serbuk penaik*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1/2 sudu teh garam

Bahan bahan untuk Tiramisu

250 gm whipping cream
200 gm cream cheese
1/2 cawan gula kastor
1 cawan nescafe panas ( 1 sudu makan nescafe )
Serbuk koko untuk hiasan

Cara Membuatnya

1. Ayakkan bahan bahan yang bertanda *.

2. Panaskan oven dalam 170' C / 180' C.

3. Sementara itu, pukul butter dengan gula sehingga gebu.

4. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga sebati.

5. Masukkan esen vanila,susu segar perisa coklat, bahan bahan yang telah di ayak tadi. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.

6. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di griskan dengan sedikit butter.

7. Bolehlah bakar adunan kek selama lebih kurang 30 - 40 minit ataupun sehingga kek anda masak.

8. Sejukkan kek sebelum di potong pada 2 bahagian.

Cara Membuat Tiramisu

1. Pukul keju bersama dengan gula sehingga sebati dan gebu.

2. Kemudian masukkan whipping cream, pukul lagi sehingga kembang dan gebu.

Cara Melapis

1. Siramkan nescafe panas pada lapisan atas kek, kemudian lapiskan dengan adunan tiramisu.

2. Letakkan lapisan kek yang ke 2 pada atas lapisan kek tadi dan ulangi proses yang sama pada lapisan kek yang ke 2.

3. Bolehlah hiaskan kek mengikut kreativiti masing masing. Selamat Mencuba..

Ahad, 24 Jun 2012

Vanilla Muffin

Assalamualaikum semua. maaf lah yer, lama tak jengah dapur Dunia Masakanku.. sibuk sangat2, al-maklum dah dekat2 nak bulan puasa ni, saya sibuk menjahit. Nak jahit sarung kusyen lah, langsir lah. Alhamdulillah, dah siap dah jahit langsir dan sarung kusyen. Cuma tinggal kain untuk di buat baju2 kurung dan baju melayu suami belum di potong lagi. Buat semua awal2 ni senang sikit nanti takde kelam kabut nanti. Nanti bulan puasa bolehlah sibuk2 kan diri buat biskut2 raya pula.. Untuk hari ni saya kongsikan satu lagi resepi untuk tatapan kawan2 semua.. Resepi ni saya dapat dari deenoos@myresipi.com. Kita share resepi deenoos kat sini yer, tq..





Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )
8 tbsp mentega, dicairkan
4 cawan tepung
2 cawan gula
2 cawan susu segar
4 tbsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur
1 tbsp esen vanilla

Cara-cara
1.Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.

2.Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.

3.Bakar selama 20minit/180C.

Sabtu, 12 Mei 2012

Gulai Kuning Nasi Berlauk

Assalamualaikum semua.. untuk hari ni saya nak share satu resepi dari negeri pantai timur. Gulai kuning nasi berlauk.. Kalau di pantai timur kita biasa makan lauk ni bersama nasi putih sebagai sarapan pagi atau lebih di kenali sebagai nasi berlauk. Boleh juga kalau nak di hidangkan bersama dengan nasi dagang..


Bahan - bahan

1 ekor ikan tongkol

Santan dari 1 biji kelapa

5 ulas bawang merah ( di kisar )

2 ulas bawang putih ( di kisar )

1/2 inci kunyit hidup ( di kisar )

1/2 inci lengkuas ( di hiris )

1/2 inci halia ( di kisar )

2-3 biji cili merah dan hijau

Kacang panjang ( potong lebih kurang 2 inci )

1 batang timun batang ( potong serong kasar )

1 sudu pes cili kering

1 sudu teh serbuk ketumbar

2 keping asam gelugur

Garam ,gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara memasak

1.Ikan dibersihkan dan direbus bersama dengan beberapa asam gelugur,garam dan sedikit
  lengkuas.rebus sehingga airnya agak kering.

2.Panaskan minyak dan tumis bahan - bahan kisar sehingga pecah minyak.Masukkan serbuk ketumbar dan juga pes cili kering. Kacau seketika.

3.Masukkan santan,masak hingga mendidih.Hendaklah selalu dikacau.

4.masukkan ikan rebus tadi bersama dengan asam gelugur.

5.Masukkan kacang panjang, mentimun dan cili hijau dan merah.

6.Perasakan dengan garam,gula dan perasa.Bila kuah agak pekat bolehlah di angkat & di hidangkan.





Jumaat, 11 Mei 2012

Blended Orange Cake ( kak fida )

Salam untuk semua tetamu Dunia Masakanku.. Hari ni nak kongsi resepi kek yang saya buat semalam. Resepi ni saya dapat dari kak fida@myresepi.com. Untuk lebih detail, anda boleh klik di link sebelah.. Kak fida tumpang c/p resepi dkt sini yer. : D


Resepi asal : kak fida@myresepi.com
Dapur : Dunia Masakanku

Bahan -bahan ( loyang 9 inc )

1 biji buah limau

1 cawan minyak

2 cawan gula halus

3 biji telur

2 cawan tepung gandum*

1 sb baking powder* ( * diayak bersama )

Cara-cara


  1.  Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2.  Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4.  Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.


Isnin, 7 Mei 2012

Karipap Pusing Rangup


Assalamualaikum.. apakhabar semua..semoga kawan - kawan semua sihatlah hendaknya.. Hari ni saya nak share resepi karipap pusing.. Jom lihat resepinya. sorry lah yer gambar ni karipapnya tergaring sikit. ;)





BAHAN - BAHAN ( doh minyak )

300gm tepung gandum

Secubit garam

1/4 cawan minyak masak

1/2 cawan air suam

CARA PENYEDIAAN

1. Campurkan secubit garam kedalam tepung. Gaulkan tepung dan garam dengan hujung jari hingga sebati.

2. Curahkan minyak dan teruskan mengaulnya dengan menggunakan hujung jari.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan teruskan menguli sehingga adunan tidak lagi melekat di tangan.

BAHAN - BAHAN ( doh marjerin )

150gm tepung gandum

100gm marjerin




CARA PENYEDIAAN

1.Masukkan marjerin sedikit demi sedikit kedalam tepung sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.

2. Bulat - bulatkan doh minyak lebih besar dari doh marjerin. Masukkan doh merjerin ke dalam doh minyak yang telah di leperkan.

3. Bulatkan adunan tersebut dan canaikan. Kemudian gulungkan adunan dan canaikan memanjang kemudian gulungkan adunan tu lagi dan potong adunan tu lebih kurang 1/2 inci.

4. Bolehlah canaikan doh tersebut, masukkan inti dan kelim bahagian tepinya.