Isnin, 27 Jun 2011

Kek Gula Hangus

Dulu saya pernah cuba resepi ni yang diambil dari majalah-majalah masakan,tapi tak pernah menjadi.Tapi kali ni,Alhamdulillah menjadi.Resepi ni saya ambil dari myresipi.Terima kasih pada tuan punya resipi iaitu widad@myresipi.com



Bahan-bahannya (6 orang)

1 cawan gula(saya guna 3/4 cawan utk kurang manis)

1 cawan air panas

1 cawan tepung gandum

1 cawan susu pekat

2 camt soda bikarbonat

4 biji telur

2 camb mentega

Cara-caranya

1.masak gula dengan api sederhana hingga hangus.

2.Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.

3.Masukkan mentega.sejukkan,ketepikan dulu.

4.Pukul telur hingga betul-betul kembang dan pekat.

5.Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi,kacau sebati.

6.Masukkan pula tepung + soda.sebatikan.

7.Akhir sekali.masukkan air gula yang dah sejuk.

8.Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.

9.Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam.


Ahad, 12 Jun 2011

Hati Ayam Masak Merah Lagenda

Bahan-bahannya :

300gm hati ayam
2 sudu mkn cili kering kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit daun bawang
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
1 biji tomato (potong 4)
garam secukup rasa
gula secukup rasa
1 sudu mkn sos tiram
2 sudu mkn sos cili

Cara memasaknya :

1.Hati ayam hendaklah digaul dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng.ketepikan.

2.Bawang merah,bawang putih dan halia di kisar.panaskan minyak,tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar,tumiskan lagi sehingga sebati dengan bawang tadi.

3.Masukkan sos tiram,sos cili,cili merah dan cili hijau yang telah dihiris.Masukkan hati ayam yang telah digoreng tadi.

4. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula.Bolehlah dihidangkan.